Memang artis dan selebriti sering menjadi golongan yang dipilih untuk membuat ulasan produk di Instagram.

Ada yang buat secara profesional dengan bantuan pengurus, pembantu peribadi, kawan-kawan dan sebagainya.

Tapi apa akan jadi bila tidak ada orang di sekeliling untuk membantu?

"Haa bila buat ig review sensorang. takde Manager takde PA. Pakai periuk nak taruk talipon.

"Sandar botol air pun boleh. Jadi (kalau) tanya berapa review ig, mahal ye," tulis Shahirah atau nama di Instagramnya sheiraijoy.

Haa bila buat ig review sensorang takde. Manager takde PA... Pakai periuk nak taruk talipon...sandar botol air pun boleh... Jadi tanya berapa review ig... Mahal ye

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on


Sharifah Shahirah bukan sahaja pelakon dan pengacara, tetapi merupakan menyampai radio. Beliau berkahwin dengan anak primadona Maria Arshad iaitu Zulkifli Azahari atau Ijoy yang juga merupakan seorang pelakon.

Kredit Gambar: Instagram