Pelakon dan personaliti Riena Diana menyorot perhatian netizen apabila berpenampilan sedikit seksi ketika meraikan kedatangan tahun baharu 2023 baru-baru ini.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan oleh Riena menerusi Instagram, dramatis berusia 26 tahun itu dilihat mengenakan busana tali halus, lengkap dengan skirt panjang serba hitam.

Namun, penampilan Riena pada malam tersebut menjemput kritikan dalam kalangan netizen.



Meninjau ruangan komen, ramai yang mengkritik cara pemakaian Riena yang dianggap tidak sopan.

“Makin tak senonoh pula jadinya. Berlakon tak seberapa tapi dosa yang dikumpul. Lepas tu netizen kecam terus sakit mental. Artis memang selalu macam tu ke?”

“Aku rasa dah boleh unfollow dah. Bawa negative culture untuk generasi baru. Moga dijauhkan dari bala.”

“Why Lailer tiba-tiba seksi dah sekarang. You beautiful even without being sexy like this. Semoga kembali seperti dulu ya.”

A post shared by Riena Diana (@rienadiana_)


Terdahulu, Riena menerusi hantaran di Instagram Stories berkata dirinya sudah kembali solo dan meminta orang ramai memahami situasi yang dihadapinya.

Sebelum ini, Riena secara terbuka berkongsi berita akan mendirikan rumah tangga bersama Nik Afiq pada tahun 2023.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.