“Pakai Selipar Harga RM3.80...”- Isteri Dedah Sikap Atu Zero Yang...

Syafiqah Jalal
Jun 26, 2020 07:18 MYT
Isteri kepada pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari mendedahkan suaminya seorang yang sangat ringkas.
Menurut Shafeeqa, Atu seorang yang tidak kisah memakai selipar murah meskipun keluar bersiar di pusat membeli belah.
“The most simple person! Keluar pakai selipar jepun pun tak ada hal. Tak kisah lah orang nak kata apa, katanya loan rumah bukan orang yang bayarkan
“Tapi bila masa shooting dia keluarkanlah kasut-kasut dia, bukan tak ada.
“Nak pergi surau susah nak kene pakai stokin lagi, jadi dia pakailah selipar RM3.80. Kalau orang curi pun ada 4 lagi dalam kereta,” katanya.
Shafeeqa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik video Atu memakai selipar ketika keluar bersiar di pusat membeli belah.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang memuji sikap rendang diri Atu.
Atu mengonggotai kumpulan Zero bersama dua orang adik beradiknya yang lain seperti Syarif dan Syaiful.
Shafeeqa mendirikan rumah tangga dengan Atu atau nama sebenarnya Sharif Kuna Doli Sharif, 27, pada 8 Februari 2016. Mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata.
#Pelawak #Zero #Atu Zero #Selipar