Penyanyi, Masya Masyitah membuat kejutan pada Ahad apabila dia memuat naik foto terbaharu tanpa memakai hijab dan menggayakan skirt beserta boot panjang.

Malah Masya juga turut tampil dengan rambut berwarna pink pastel ala Barbie dan tersenyum memandang kamera.

“Your mind has to be stronger than your feelings,” tulisnya ringkas.

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya)

Dalam pada itu di ruangan komen rata-rata netizen menyatakan perasaan kecewa dengan penampilan barunya.

Malah tidak kurang juga ada yang sudah boleh mengagak bahawa Masya bakal membuka tudung memandangkan dirinya sering terpalit kontroversi berkaitan dengan penampilan yang tidak bersesuaian sebagai seorang hijabi.


BACA: Hati Masya Masyitah Tetap ‘Keras’, Biarkan Netizen Komen Negatif Imej Stokin Jarang - “Aku Perasan Dia Ini Memang…”

BACA: Pintal Tudung Sampai Jadi Tocang, Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Gaya Hijab Masya Masyitah - “Tolonglah Jangan Dibuat Main Agama”

Sebelum ini, Masya pernah dikecam kerana berpenampilan agak seksi selain mengenakan subang pada hidung sehingga digelar sebagai haiwan.

Namun, Masya mengambil pendekatan untuk tidak melayan komen-komen negatif yang dilemparkan oleh netizen.