Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pakai Telekung & Baju Dalam Wanita, Iqbal Mohon Maaf - "Saya Mahu Tonjolkan Sisi Nakal..."

Amri Hassan
09/04/2023 08:52 MYT
Usahawan viral, pelakon dan penyanyi Iqbal Zulkefli tampil memohon maaf ekoran video viral memaparkan dirinya memakai telekung dan baju dalam wanita yang dimuatnaik di media sosial baru-baru ini.

Jelas Iqbal, dia tidak menyangka tindakannya itu mendapat kecaman daripada warganet biarpun niat asalnya cuma mahu bergurau.

"Waktu keluarga saya rakam, saya langsung tidak bertujuan untuk muat naik ke media sosial. Gurauan itu adalah diri saya yang sebenar ketika bersama keluarga.

"Sejak dulu, orang sekeliling tidak kering gusi gelak jika saya ada.

"Apabila membaca lebih 400 komen di TikTok, 100 peratus netizen terhibur, berbeza di Instagram, semakin banyak kecamannya," katanya menerusi hantaran di Instagram Stories.

Tambah Iqbal dia tidak berniat untuk menghina golongan wanita atau mahu menyerupai wanita.

"Niat saya mahu orang tahu bahawa saya bukanlah orang yang serius setiap masa, membuatkan orang segan mendekati.

"Malah, saya fikir banyak filem, drama dan artis lain berjenaka sebegitu.

"Jauh sekali menghina. Tidak pun saya terfikir untuk menyerupai wanita. Apapun, saya minta maaf, tetap saya perlu hormati.

"Tetap memilih untuk padam video tersebut. Sebolehnya, saya mahu tonjolkan sisi nakal dan lucu saya sebab penat jadi serius setiap waktu," jelasnya.

Terdahulu, Iqbal berkongsi sepotong video dirinya memakai tekelung dan baju dalam merah sambil berseloroh dengan anak angkatnya, Ziyad dimana dia mahu menjadi ibu susuan.

Dalam video tersebut, Iqbal menarik Ziyad ke bahagian dadanya.

"Tabahlah Ziyad, ummi kita belum lahir,. Biar ayah jadi ibu susuan Ziyad ya? Ummi siapa macam ini, tolong sampaikan salam ya," tulis Iqbal pada ruangan kapsyen video berkenaan.

#Viral #Kecam #maaf #Telekung #Iqbal Zulkefli #Baju Dalam Wanita