Laman Utama

Pakai Tiara ‘Kembar’, Kate Middleton & Anaknya, Puteri Charlotte Curi Tumpuan

gempak
Maliah Surip
08/05/2023
11:40 MYT
Sponsor Banner
Pakai Tiara ‘Kembar’, Kate Middleton & Anaknya, Puteri Charlotte Curi Tumpuan
Nampaknya bukan hanya Raja Charles III sahaja yang menjadi tumpuan dunia pada hari bersejarah baginda menaiki takhta menjadi Raja atau pemerintah ke-40 Britain hujung minggu lalu.
Penampilan tiara ‘kembar’ yang digayakan anak-beranak Kate Middleton dan Puteri Charlotte pada majlis tersebut ikut mencuri tumpuan, terutama dalam kalangan penggemar fesyen.
Hadir ke majlis pertabalan datuknya itu bersama ibu, Charlotte dilihat memakai gaun putih dilengkapi tiara silver dengan motif sama seperti yang dipakai Kate.
Tiara mewah tersebut dihasilkan oleh Jess Collett dan Alexander McQueen. McQueen merupakan pereka fesyen kegemaran Kate yang juga telah menghasilkan gaun pengantinnya pada 2011 lalu.
Kate juga dilihat memakai subang berlian yang merupakan milik mendiang Puteri Diana, lapor CNN.
Selain tiara, gaun yang dipakai Kate dan Charlotte juga disifatkan sebagai sangat cantik. Bermotifkan bunga, ia dikatakan sebagai penghargaan kepada komitmen Raja Charles 111 yang melindungi alam semulajadi.
Gaun cantik Kate bagaimanapun ‘terlindung’ oleh pakaian kebesaran berwarna merah, putih dan biru yang disarung pada bahagian luar.
Terdahulu, Raja Charles III secara rasmi ditabalkan sebagai pemerintah ke-40 Britain di Westminster Abbey dalam istiadat pertabalan disempurnakan oleh Uskup Agung Canterbury Justin Welby.
Baginda menaiki takhta menjadi Raja selepas kemangkatan bondanya, Ratu Elizabeth II, pada 8 September 2022.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live