,
Hiburan

"Pakai Tongkatlah Lepas Ni" - Gigih Ambil Anak Sekolah, Dia Fadila Terpelecok

Amri Hassan
11/01/2019
07:05 MYT
Bintang Gegar Vaganza 5 (GV5), Dia Fadila mengalami kemalangan kecil apabila kakinya terpelecok ketika sedang mengambil anak-anaknya dari sekolah.
Akibat insiden itu, kakinya terseliuh dan membengkak hingga terpaksa dibalut.
"Bila diri sejenis yang rushing tak tahu tentu pasal.
"Tangan kanan bawa handbag, tangan kiri bawa beg sekolah anak and baju sekolah agama dengan nak pegang tangan anak lintas jalan lagi.
"Keluar kereta, kelepukkkkk jatuh dekat jalan yang berlubang," tulisnya di Instagram.
Malangnya, kejadian sama pernah terjadi tahun lalu ketika Dia dalam situasi sama.
"Tahun lepas pun macam ni juga bila anak-anak baru start sekolah.
"Maybe nak adjust balik time rushing hantar ambik anak sekolah tu yang sampai terpelecok lagi untuk tahun 2019, tahniah Dia Fadila," tambahnya.
Dia turut menyertakan beberapa hashtag antaranya "MataPleasePandangBawah, #KakiDahMacamHobbit dan #PakaiTongkatlahLepasNi sebagai tanda peringatan untuk dirinya agar lebih berhati-hati selepas ini.
Dia mendirikan rumah tangga dengan Redza Abdullah Sanusi pada Oktober 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Qaseh Dhiya, 9, dan Chinta Qasida, 6 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Unitar