Skip to main content

Viral

Pakai Trench Coat, Boot & Topi Serba Merah Ke Konsert Ella, Che Ta Curi Tumpuan Netizen - “Tak Panas Ke?”

img_6.png

Sejak kebelakangan ini, penganjuran konsert dan persembahan berskala besar dilihat muncul bagaikan cendawan tumbuh.

Hampir setiap minggu, ada sahaja konsert yang dianjurkan, baik oleh penghibur tempatan mahupun antarabangsa.

BACA: Pakai Baju Raya Macam Nak Ambil Award, Peminat Tanya Macam Mana Nak Cedok Rendang? Che Ta Bagi Jawapan Padu

Tidak terkecuali, Ratu Rock Negara, Ella turut tidak melepaskan peluang untuk mengadakan konsert yang sangat dinanti-nantikan oleh para peminatnya.

Diberi judul Jilid Terakhir: Ella, Puteri Kota, konsert yang berlangsung pada malam semalam dan juga malam ini turut menyaksikan kehadiran rakan-rakan artis yang mahu memberikan sokongan.
 

Must-Watch Video

Advertisement