HIBURAN

‘On Off Pakai Tudung’, Isteri Fikry Ibrahim Tampil Beri Penjelasan - “Saya Masih Dalam…”

Asyikin Mayudin 08/07/2025 | 02:25 MYT
Isteri kepada pelawak dan pengacara Fikry Ibrahim iaitu Khalizah Alihan tampil memberi penjelasan mengenai penampilannya yang belum bertudung sepenuhnya.

Dalam proses belajar

Menerusi perkongsian di IG dan TikTok, Khalizah memberitahu dia masih dalam proses untuk belajar dan mencuba untuk menjadi lebih baik dari segi rohani dan emosi.

“Saya hanya mahu meluangkan sedikit masa untuk menjelaskan sesuatu dari hati saya. Saya tahu sesetengah orang mungkin perasan saya masih belum memakai tudung sepenuhnya.

“Saya ingin mengatakan ini adalah sesuatu yang sangat peribadi dan saya masih dalam perjalanan saya sendiri untuk belajar, berkembang, dan cuba menjadi lebih baik setiap hari dari segi rohani dan emosi,” katanya.

Pada perkongsian yang sama, Khalizah juga memohon semua orang mendoakannya untuk menjadi seorang yang lebih baik.

“Tolong doakan saya… sambil saya cuba untuk berkembang dan menjadi lebih baik, Insya-Allah,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, rumah tangga Fikry dan Khalizah menjadi perhatian apabila isteri pelawak itu muncul di mahkamah untuk proses perceraiaan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Fikry Ibrahim Pertahan Isteri, Mohon Henti Sebar Komen Negatif - “Saya Lelaki, Dah Biasa..."

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Sahkan Isteri Fikry Ibrahim Tarik Balik Permohonan Cerai - “Sekarang Diberikan Laluan Untuk…”

Bagaimanapun, Fikry mendakwa isterinya, Siti Khalizah Alihan hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi menarik balik permohonan cerai, yang difailkan pada Mei.

Fikry mempertahankan rumah tangga bersama Siti Khalizah yang dinikahi pada 12 Januari lalu, bahagia, malah, mereka saling sayang-menyayangi.

#Tudung #Fikry Ibrahim #Pakai Tudung #Khalizah Alihan #Isteri Fikry #On off tudung