Drama

“Pakai Tudung Macam Makcik-Makcik Pun Still Lawa” - Peminat Puji Kejelitaan Ardell Aryana

Kamaruddin Razal
29/03/2018
01:10 MYT
Mula mengenakan hijab semenjak penghujung tahun lalu, penampilan pelakon Ardell Aryana semakin mencuri perhatian netizen.
Imej Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, sering mendapat pujian peminat di laman Instagram miliknya.
Kelihatan lebih manis selepas mengenakan tudung, Ardell sering tampil dengan gaya hijab ringkas.
Malah, ada peminat memuji kejelitaan Ardell yang terserlah biarpun mengenakan gaya tudung ala ‘makcik’.
Dalam perkembangan terbaru, lakonan Ardell boleh ditonton menerusi drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu yang sedang bersiaran di slot Megadrama.
Menerusi drama bersiri tersebut, Ardell membawa watak sebagai Intan, rakan kepada Athea lakonan Zahirah Macwilson.
Tak Ada Cinta Sepertimu yang diarahkan oleh sutradara Jamal Khan merupakan naskah adaptasi novel karya Anna Milia.
Selain Ardell dan Zahirah, drama bersiri 16 episod ini turut menampilkan Syafiq Kyle, Ruhainies, Fadlan Hazim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Ardell
Topic Berkaitan
Must-Watch Video