“Pakai Tudung Nampak Baik, Hati Busuk Macam Syaitan!” - Benci Usu, Uyaina Arshad Jadi Mangsa
Mya Amri
01/11/2020 03:40 MYT
01/11/2020 03:40 MYT
Peminat drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa 'naik hantu' dengan watak Usu Sakinah lakonan aktres Uyaina Arshad.
Usu kini dibenci peminat kerana karakter yang pada awalnya baik kini bertukar menjadi perampas.
Tidak hanya berselindung di sebalik wajah ayu, kuat agama, bersangka baik dan menerima takdir, karakter Usu bertukar menjadi seorang wanita yang busuk hati.
Malah Usu juga sanggup merampas Rizal dari Lily dan menawarkan diri untuk menjadi pengganti wanita itu.
Menerusi tinjauan di laman sosial, banyak peminat drama bersiri yang kini hangat ditayangkan di Astro Ria ini mula meluahkan rasa menyampah dan sakit hati melihat perangai Usu yang pentingkan diri sendiri selain mengkhianati Lily.
Walaupun episod baharu Perempuan Tanpa Dosa bakal ditayangkan esok (Isnin) namun rasa geram penonton menyebabkan Usu mula menerima kecaman.
Selain Uyaina, drama arahan Michael Ang ini dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zac Zaky, Yusuf Bahrain dan ramai lagi.
Drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fatinilam Sari Ahma ini mengisahkan perkahwinan terpaksa dua jiwa Rizal (Kamal Adli) dan Lily (Uqasha Senrose) akibat permintaan orang tua.
Bagaimana kehadiran Eddie (Zac Zaky) dan kekasih lama Usu Sakinah (Uyaina Arshad) mampu menyatukan hati Lily dan Rizal kembali.
Bagaimana kehadiran Eddie (Zac Zaky) dan kekasih lama Usu Sakinah (Uyaina Arshad) mampu menyatukan hati Lily dan Rizal kembali.
Kehadiran orang ketiga, isu kekeluargaan dan konflik percintaan menjadi tonggak utama bagi drama yang bakal meruntun jiwa ini.
Saksikan Perempuan Tanpa Dosa di slot MegaDrama setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Ria (124) dan Ria HD (104).