,
Laman Utama

“Pakai Tudung Tak Wajib Tapi Tutup Aurat Itu…” - Fatin Afeefa

Asyikin Mayudin
11/10/2023
00:50 MYT
Pelakon dan usahawan Fatin Afeefa memberitahu pemakaian tudung bukanlah satu kewajipan namun menutup aurat dengan sempurna itu yang sepatutnya diutamakan.
Fatin ketika membuat siaran langsung (Live) TikTok berkata ada segelintir wanita yang memakai tudung namun pemakaiannya tidak melambangkan muslimah sebenar.
“Pakai tudung tak wajib tapi tutup aurat itu wajib. Tak kisah la nak pakai apa pun janji menutup aurat, tak nak pakai tudung, nak pakai baldi nampak muka pun boleh.
“Sebab tutup aurat wajib, cuba belajar balik… saya tak cakap yang saya baik. Tapi bila orang cakap pakai tudung wajib, tapi balut badan macam nangka… pakai baju nampak bontot.
“Sebab tu ada segelintir orang pemahaman dia tudung wajib, tak ada pemahaman tutup aurat wajib. Kalau korang rasa betul, betul la. Kalau pakai tudung wajib, macam itu I boleh la pakai turban nampak leher,” kata Fatin.
BACA SINI: Mawar Rashid Buka Tudung - “Saya Dah Cuba Tapi Saya Gagal”
Dalam pada itu, Fatin turut menasihati netizen agar tidak bercakap buruk mengenai keputusan artis wanita untuk tidak lagi mengenakan hijab.
“Jangan bercerita buruk tentang orang, sebab kita pun bukan baik sangat. Orang itu nak pakai ke nak buka tudung ke biarkan dia. Sebab nanti dekat akhirat, Allah tak tanya kenapa dia tak pakai tudung, lepas itu kau pula kena seksa.
“Tak ada… Allah takkan tanya orang yang tak ada kena mengena dengan you. Jadi jangan risau, pelakon itu nak buka tudung ke, dia buka baju ke, biar… you tak ada kena mengena dengan dia, biar saja.
“Asalkan jangan cakap buruk fasal orang. Doa yang baik-baik saja, tak payah cakap buruk fasal orang. Kadang-kadang orang yang you cakap buruk itu la, bila dia berubah lagi baik daripada you.
“Nasihat boleh tapi jangan sampai menghina… ada orang sampai menghina. Itu yang I tak faham, you hina macam you baik sangat,” katanya.
Terdahulu, pelakon dan usahawan Mawar Rashid memuat naik dua keping foto memperlihatkan dia tidak lagi berhijab dan mengakui sudah mencuba namun gagal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adam Shahz Nafi Kediaman Diduduki Merupakan Pejabat & Rumah Perlindungan - “Alamat Yang Saya Guna Hanya Untuk…”

gempak
15/10/2024
07:45 MYT
Pelakon Adam Shahz tampil menafikan dia menetap di kediaman yang merupakan pejabat juga rumah perlindungan seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Hiburan

Adam Shahz Enggan Bayar Nafkah Anak RM1,000, Fatin Afeefa Syukur Suami Sudi Bantu - “Saya Harap Mahkamah Berpihak Pada…”

gempak
15/10/2024
02:55 MYT
Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan bayaran nafkah diberikan bekas suami iaitu aktor Adam Shaz yang dianggap tidak mencukupi untuk menanggung kos persekolahan anaknya.
Hiburan

Tiada Halangan Untuk Berjumpa, Ada Sebab Fatin Afeefa Bimbang Nak Lepaskan Anak Perempuan Bermalam Dengan Adam Shahz - “Sebagai Ibu, Sudah Tentulah Saya…”

gempak
14/10/2024
06:10 MYT
Pelakon Fatin Afeefa berasa bimbang untuk melepaskan anak perempuannya bermalam dengan Adam Shahz, disebabkan kediaman bekas suaminya itu merupakan sebuah pejabat yang juga menguruskan rumah kebajikan.
Hiburan

Dedah Wajah Baby Boy, Bulu Mata Anak Fatin Afeefa Jadi Bualan Netizen - “Handsomenya Dia, Eyelashes Lentik Macam Mommy”

gempak
07/10/2024
16:00 MYT
Pelakon, Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang akhirnya mendedahkan wajah dan nama anak lelaki mereka di sebuah majlis Aqiqah.
Hiburan

Teka-Teki Terjawab, Suami Fatin Afeefa Dedah Baby Kini Usia 7 Bulan - “Takkanlah Tak Boleh Nak Beritahu Dunia Saya Ada Anak Baru”

gempak
06/10/2024
02:55 MYT
Teka-teki akhirnya terjawab apabila pelakon, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang mendedahkan mereka sudah memiliki cahaya mata.
BorakSeeni