Nama penyanyi Fynn Jamal secara tiba-tiba trending di Twitter sejak malam tadi.

Semuanya gara-gara luahan dan pandangan Fynn Jamal berhubung isu rogol.

Menerusi tinjauan di Twitter, hampir sebahagian netizen tidak berpuas hati dengan pendapat yang dilontarkan.

Ini antara pendapat yang ditulis Fynn Jamal di Instagram Story.

"Saya tidak salahkan mangsa, saya salahkan punca yang jadinya rogol itu.

"Jika anda jadi punca rogol itu berlaku, maka itu anda lah. If tiada, maka bukan berpunca dari anda.

"Sebab perempuan pakai tudung tapi bergambar macam kucing musim mengawan. Jadi orang lain pakai tudung yang kena," katanya.



Selain itu, terdapat juga netizen yang menganggap beberapa kenyataan Fynn Jamal agak mengelirukan dan 'disturbing' terutamanya apabila membabitkan nama Rasulullah.

"Kau tahu tak Rasulullah berpesan pada isteri untuk 'standby' je kalau suami balik terus nak bersama.

"Rasulullah berpesan pada suami kalau ternampak sesuatu yang membangkitkan syahwat terus balik dan terus laksanakan ke atas isterinya," katanya.

Pandangan berikut menyebabkan ramai terganggu dan tidak berpuas hati.

Anda boleh lihat antara kenyataan Fynn Jamal serta respon orang ramai mengenai isu berkenaan.






Pada masa sama, Gempak masih mencuba untuk mendapatkan komen dan maklum balas mengenai isu ini daripada Fynn Jamal.

Untuk rekod, Fynn Jamal sebelum ini pernah ditegur oleh pendakwah bebas dikenali sebagai Musytaq Al-Ashari.

Teguran dibuat susulan jawapan penyanyi tersebut bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh pengikutnya di Instastory.