Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pakaian Dalam Boleh Buat Kembung Perut, Hwasa Tak Kisah Imej Seksi Tidak Digemari Peminat

Asyraf Roslan
26/09/2024 05:25 MYT
Penyanyi popular Korea, Hwasa mengakui dia berasa kurang selesa apabila memakai pakaian dalam.

Menurut pelantun lagu Maria itu, jika dia mengenakan pakaian dalam boleh membuatkan dia rasa kembung perut.

“Saya sebenarnya kurang selesa untuk memakai pakaian dalam.

“Saya mengalami masalah pencernaan sejak kecil jadi bila memakai pakaian dalam ia membuatkan saya mengalami rasa kembung perut,” katanya.

Ahli kumpulan Mamamoo itu turut memberitahu bahawa rakan-rakannya juga terkejut dengan imejnya itu.

“Anggota Mamamoo memang terkejut dengan penampilan saya pada ketika itu sehingga mereka larang saya untuk keluar.

“Tapi saya tetap dengan gaya yang sama setiap kali keluar dengan kawan-kawan yang lain,” tambahnya.

Sedar penampilannya itu sukar diterima peminat namun Hwasa tidak mempunyai sebarang masalah malah tetap akan mengekalkan imej tersebut.

Pada masa sama, Hwasa juga berkata sejak kecil lagi ramai orang sudah bercakap dia seorang yang keterlaluan jadi dia selalu dia mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap perkara yang dilakukan.


Sebelum ini, pemilik nama Ahn Hye-jin,29, pernah tular gara-gara berpenampilan seksi dan tidak memakai pakaian dalam pada tahun 2019.


Sumber: K-entertainment News

#Penyanyi #Pakaian #Dalam #Hwasa #Kembung Perut
;