Berita
"Pakaian Ikut Sunnah, Lidah Ikut Syaitan" - Ditempelak Netizen, Ini Penjelasan Faezah Elai Buat Haters
Pelakon Faezah Elai memohon maaf sekiranya terdapat pihak yang terguris hati dengan sebarang pertuturannya yang disifatkan sebagai kasar di media sosial.
Menurut Faezah, dia mengakui kemungkinan terdapat individu menyifatkan loghat Utara sering digunakan kedengaran sedikit kasar bagi orang luar.
"Saya orang Penang, asal dari Penang. Jadi, memang cakap Utara. Tapi kalau bahasa Utara itu bunyinya kasar sampaikan anda dakwa macam 'syaitan', maka, saya memohon maaf sekiranya saya mengguris hati sesiapa.
"Anda boleh berhenti daripada mengikuti saya, tiada masalah," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Faezah menjelaskan hal tersebut selepas terdapat pihak yang mempertikaikan pemakaiannya yang berhijab seolah-olah tidak selari dengan pertuturan bahasanya yang kasar.
Dalam posting tersebut, Faezah turut berkongsi paparan komen yang ditinggalkan sebahagian netizen yang menempelak dirinya.
"Pakaian ikut Sunnah, lidah ikut syaitan.
"Selain tutup dada, mulut juga jangan buka dengan menyakiti hati orang," tulis sebahagian warga net.
Dalam pada itu, jelas Faezah lagi penghijrahannya untuk berhijab sebelum ini, bukanlah untuk memuaskan hati mana-mana pihak.
Sebaliknya, ia dilakukan sebagai usahanya memenuhi tuntutan agama sebagai seorang muslimah.
"Tudung apapun saya pilih nak pakai, bukan sebab nak puaskan hati sesiapa, tapi hanyalah sebab saya rasa selesa dan saya berusaha untuk menjadi seorang muslim yang lebih sempurna.
"Pakai tudung ni dah nak masuk dua tahun, tak pernah nak cuba jadi ikon muslimah pun. Tak pernah cuba pun nak berdakwah dalam media sosial ni, sebab sendiri pun ke laut dalam," katanya.
Sebelum ini, penampilan Faezah yang menggunakan tudung labuh mencuri perhatian ramai.
Ekoran imejnya itu, ramai yang cuba mengeluarkan produk jualan tudung mengikut rekaan tudung labuh yang dipakainya.
Saksikan drama lakonan Faezah Elai di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video