Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari baru sahaja selesai mengambil vaksin.

Disebabkan ramai yang ingin tahu mengenai proses dan cara individu sewaktu divaksinkan, Dr. Izzar berkongsi beberapa tips penting di akaun Instagram miliknya.

Antara perkara yang diberi penekanan oleh Dr. Izzar adalah penggunaan aplikasi mySejahtera dan pemakaian yang sesuai sewaktu hadir untuk divaksin.

Berikut merupakan panduan yang dikongsi oleh Dr. Izzar

Bawa ??? ?????????? dan ????? (???????????)

1.Daftar menggunakan IC dan app mySejahtera

2.Borang sejarah perubatan dan borang persetujuan vaksinasi. Lepas dah isi, baru akan berjumpa doktor untuk double confirm. Doktor dan kita akan sign borang persetujuan tu.

Masa jumpa doktor ni boleh tanya-tanya dia soalan. Kalau bawa mak ayah untuk divaksin, baik buat senarai semua ubat siap-siap (kalau mak ayah ambil ubat) untuk memudahkan urusan

3.Lepas tu cucuk. Pakaila baju yang sesuai untuk divaksin (lengan pendek / longgar etc). Pakai sunglasses kalau nak cover tangisan

4.Setelah divaksin, maklumat anda akan diperiksa sekali lagi di stesen verifikasi. Tarikh 2nd dose akan diberi di sini.

5.Akhir sekali anda akan ke bilik pemantauan selama 30 minit. Kot-kot ada kesan sampingan kan. Lepas itu siap.

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)


Dr.Izzar juga memberitahu orang ramai tidak perlu risau keran di pusat vaksin terdapat ramai pegawai perubatan yang akan membantu.

“Dekat sana ramai pegawai yang akan membantu. Jangan risau. Goodluck #teamAstraZeneca nanti. Dari saya, #teamSinovac,” kongsinya.