Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Gaya Hidup

Pakar Buah Pinggang Risau Tengok Gadis Telan Jamu Dengan Air Gas!

Fiza Kamarudin 19/07/2020 | 03:45 MYT
Pakar buah pinggang, Dr. Rafidah Abdullah menerusi laman sosial Twitter mengulang ciap sebuah video memaparkan seorang gadis viral yang menelan 10 biji jamu bersama air berkarbonat.
Video tersebut yang dikongsi seorang pengguna Twitter lain pada mulanya mendapat perhatian pakar buah pinggang tersebut.
Mungkin terkejut dengan tindakan gadis itu, Dr Rafidah mendoakan kesihatannya.
“Sebagai seorang Doktor, saya hanya mampu mendoakan agar organ-organ dalaman beliau tidak mengalami kesan sampingan,” ciapnya.
Ciapan tersebut kemudiannya mendapat lebih 21,000 retweet, 25,000 tanda suka dengan ratusan komen dari warga Twitter.
Rata-ratanya bersetuju dengan Dr Rafidah tentang bahayanya produk kesihatan seumpama itu kepada kesihatan, terutama buah pinggang.
Ada juga yang berkongsi mengenai bahayanya produk kesihatan dan kecantikan sehingga boleh menyebabkan kematian.
“Saya ada seorang sepupu perempuan yang baru meninggal setelah tiga tahun mengamalkan pemakanan diet, pil dan barangan kecantikan seperti ini.
"Memang arwah jadi cantik tapi selepas tiga tahun organ dalam semua rosak. Arwah meninggal seorang diri di hospital,” tulis seorang warga Twitter berkongsi pengalaman.
“Kalau betul nak kulit cerah, kulit sihat.. minum air banyak at least dua hingga tiga liter sehari. Amalkan seminggu ke sebulan dah nampak kesan kat kulit.
"Kulit lembap sihat nampak cerah glowing. Sebab toksin pun kurang. Elak makan manis, ais. Darah pun ok. Punca kulit gelap sbb kulit kering,” nasihat warga Twitter lain.
Dalam pada itu Dr. Rafidah menerusi sebuah entri lain turut meluahkan rasa sedih kerana ramai yang mengecam gadis yang juga merupakan pengusaha produk terbabit.
Beliau berharap agar orang ramai terus mendoakan yang terbaik buat gadis itu.
“Sedih juga ramai yang mengecam individu didalam video ini. Kita tidak mengenali beliau. Kita tidak tahu apa sebab beliau buat begitu. Mungkin beliau perlu semangat dan pertolongan kita.
“Kesusahan & kepayahan orang lain, kita tidak akan tahu. Kita doakan yang baik2 sahaja ya,” ciap Dr Rafidah.
Sebelum itu, gadis terbabit tular di media sosial kerana aksi pergaduhannya bersama penjaga keselamatan di sebuah gedung perabot.
[[BACA: "Aku Sepak Kang!" - Dihalang Masuk Gedung Perabot Tanpa Pelitup Muka, Gadis Tantrum Maki Pengawal Keselamatan]]
#Cik Non #Dr Rafidah #Pakar Buah Pinggang
;