Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pakar Pesan Jangan Pakai Hair Dryer Yang Tersedia Di Hotel! Ini Sebabnya…

Gempak
08/08/2024 14:55 MYT
Alat pengering rambut atau hair dryer merupakan kemudahan yang selalu dicari dan digunakan ketika kita menginap di hotel.

Namun, penemuan baharu menyarankan kepada pengguna untuk tidak menggunakan hair dryer yang disediakan di tempat penginapan.

Jangan pakai hair dryer

Memetik The Mirror, pakar trikologi, Jacqui McIntosh memberi alasan bahawa hair dryer merupakan tempat utama pembiakan bakteria dan kulat.

"Menggunakan pengering rambut yang penuh dengan bakteria dan kuman memang memberi risiko kesihatan dan dapat mengganggu kesihatan rambut anda," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: #TRAVELMANA: Kelantan Optimis Capai Sasaran 2.5 Juta Pengunjung Tahun Ini

​ARTIKEL BERKAITAN: #Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

​ARTIKEL BERKAITAN: #TRAVELMANA: Yogyakarta Catat Suhu Serendah 19 Darjah Celsius, Masa Yang Sesuai Untuk Pergi Bercuti!

​ARTIKEL BERKAITAN: #Travelmana: Teroka Dunia Safari! AirAsia X Bakal Terbang Ke Kenya, Afrika Mulai 15 November 2024

​ARTIKEL BERKAITAN: #TRAVELMANA: Bangunan Unik, Pantai - Ini Lima Tarikan Best Di Barcelona, Siap Jadi Lokasi Penggambaran Filem!

Trikologi merupakan bidang ilmu pembelajaran mengenai kulit kepala dan rambut.

Debu, kulat, dan kotoran merupakan pemberi masalah bagi kulit kepala dan dapat menyebabkan munculnya kelemumur, rambut gugur dan tekstur yang tidak diinginkan.

"Apabila mikroorganisma menjengkelkan ini masuk ke dalam rambut dan kulit kepala, ia boleh mencetuskan jangkitan dan kerengsaan, mengganggu folikel rambut anda dan melambatkan pertumbuhan rambut yang sihat," kongsinya.

Jika pengering rambut jarang dibersihkan, lubang udara boleh tersumbat dan mempengaruhi pengeluaran udara panas, yang berpotensi menyebabkan rambut patah dan rosak.

"Pengering rambut yang tidak dibersihkan adalah bom waktu yang menunggu masa untuk meledak.

"Pengumpulan kotoran dalam hair dryer menyebabkan panas berlebihan, meningkatkan risiko rambut atau kulit kepala anda terbakar," katanya lagi.


Sumber: Detik

#Hotel #Hair dryer #Pengering rambut