Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Pakcik Boleh Saman Dia…Netizen-Netizen Boleh Cari Lawyer Untuk Ajar Orang Tak Ada Adab Macam Ni…” – Sharnaaz Ahmad

Fiza Kamarudin 29/07/2021 | 04:40 MYT
Tidak puas hati dengan tindakan seorang influencer biadab, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberikan cadangan untuk membantu warga emas yang telah diperlekehkan lelaki tersebut.
Sharnaaz menerusi ruangan IG Story di Instagram (IG)nya turut mempertikaikan tindakan influencer tersebut mengeluarkan-kata yang memperlekehkan warga emas di Pusat Gelandangan tersebut.
“Aku rasa pasal isu ni seluruh rakyat Malaysia pun dah ‘banta’ dia, dah tahu dah apa dia cakap. So, aku rasa aku rest la isu ni.
“Sebab aku pun tak tahu apa sumbangan dia kepada negara yang sampai dia boleh cakap macam tu kepada orang.
“Adakah dia pakar motivasi? Dan apakah kejayaan dia yang perlu kita banggakan? Adakah dengan benda-benda pund*k yang dia duk jual selama ni dengan bini dia?
“So tak apa lah aku serahkan kepada netizenlah untuk cerita ni,” katanya sinis.
Menerusi hantaran sama, Sharnaaz turut memberikan kata-kata semangat buat warga emas terbabit.
“Kepada pakcik yang dihina di khalayak ramai macam tu, pakcik ada hak untuk saman dia. Netizen-netizen yang mana ada duit ni boleh guna lawyer untuk ajar orang tak ada adab macam ni.
“Tak payah maki dekat media sosial ke pasal tak guna orang-orang macam ni. Lawan balik dengan law biar dia duduk balik macam mana pakcik tu kena hina.
“Masa tu aku sampai dan cakap; menyesal tak musibat?”, katanya.
Terdahulu tular sebuah video berdurai 49 saat memaparkan seorang lelaki yang juga suami kepada pengasas produk memperlekehkan seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, ketika sedang memberikan ceramah motivasi.
Tindakan biadab lelaki tersebut telah mengundang kemarahan orang ramai termasuk selebriti termasuk yang mahu dia memohon maaf terhadap warga emas terbabit.
#Sharnaaz Ahmad #saman #Influencer Biadab #Warga emas gelandangan di perlekeh
;