LAMAN UTAMA

“Pakcik Botak Tu Bukan Gua” - Nama Joe Flizzow Trending, Disamakan Seperti Lelaki Botak Dalam Video Tular

Azwa Rahman 19/04/2021 | 14:30 MYT
Penyanyi rap Joe Flizzow tampil mempertahankan dirinya bukanlah seorang lelaki yang bertindak ganas sehingga memecahkan cermin kereta orang lain dalam sebuah video tular di laman sosial.
Menerusi laman sosial Twitter, Joe berkongsi sebuah video untuk tatapan umum.
“Gua nak lu dengar, sekali je.. pakcik botak tu bukan gua siot!” jelas Joe.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Ahad, tular sebuah video menunjukkan empat orang lelaki bertindak memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dan memukul mangsa menggunakan kayu.
Salah seorang daripada lelaki terbabit berimej botak dan mukanya mirip dengan wajah Joe.
Selepas itu, ramai wargamaya yang mengusik Joe sehingga membuatkan namanya trending di Twitter selepas disamakan seperti lelaki botak terbabit.
Ramai wargamaya yang turut menghantar ciapan bergambar yang menunjukkan wajah Joe dan lelaki botak berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan daripada kejadian terbabit, polis telah menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun sehingga mendatangkan kecederaan di Taman Sentosa, Klang.
Kesemua suspek berjaya ditahan dan kesemua mereka didapati positif dadah jenis Methamphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan.
#Joe Flizzow #Penyanyi Rap #Pakcik botak