Penyanyi dan pelakon Ismail Izzani, 21, mendedahkan dia terpaksa makan seekor ayam ketika waktu makan tengah hari untuk mendapatkan tubuh badan yang fit.
Menurut Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri berkata pada awalnya perut dia tidak dapat menerima jumlah makanan yang banyak lalu muntah.
"Sebenarnya saya mula main gim pada tahun 2017, tapi masa tu on off sebab jadual terlalu padat. Tapi baru-baru ini, saya minta pengurus kosongkan waktu selama beberapa bulan untuk saya mengikuti senaman di gim.
"Dalam masa tujuh bulan saya pergi gim lima kali seminggu, saya juga makan ayam seekor sehari untuk lunch. Semua rutin ini dikawal oleh jurulatih yang menjaga pemakanan saya.
"Sejujurnya senaman di gim tak susah, nak makan banyak tu yang susah. Pertama kali makan sebanyak itu memang saya muntah sebab tak tahan.. tapi selepas seminggu perut dah boleh terima," katanya kepada Gempak.
Tambah anak kepada penyanyi veteran, Datin Suliza Salam, dia hanya menginginkan berat badan sebanyak 70 kilogram (kg) sahaja kerana masih perlu bergerak aktif untuk menyanyi dan menari.
"Alhamdulillah sebelum ini berat badan saya 52 kg tapi sekarang dah naik 68 kg. Saya letak sasaran 70 kg!
"Cuma bulan puasa ni susah sikit la sebab kita kawal waktu makan. Saya pun tak nak badan besar sangat kerana saya perlu menyanyi dan menari. Kalau terlalu besar tak sesuai, jadi saya hanya nak nampak fit sahaja," kata Ismail.
Dalam pada itu, pelantun lagu Demi Kita menyatakan tujuan dia berkongsi di Instagram (IG) adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk memulakan gaya hidup sihat.
"Perkongsian saya itu sebagai motivasi untuk semua orang. Saya sendiri sebelum ini sangat-sangat kurus, bila pakai tshirt saya rasa tak berkeyakinan..
"Sebab itu saya pergi gim untuk tambah berat badan dan nampak lebih fit. Ia sangat membantu membina keyakinan diri.
"Saya juga mahu beritahu orang ramai yang mereka masih belum terlambat untuk mulakan aktiviti sihat ini sebab pak cik saya sendiri yang berumur 40 tahun pun dah mula buat badan," katanya lagi.
Ismail ditemui ketika pelancaran lagu Irama Aidilfitri dan video muzik Habib yang diadakan di EQ Hotel, Kuala Lumpur pada hari Rabu.
Ismail merupakan salah seorang penyanyi yang menyanyikan lagu raya berjudul Irama Aidilfitri bergandingan bersama Awi Rafael, Ning Baizura, Tiz Zaqyah, Julia Farhana dan Bunga Isme.
Lagu raya Irama Aidilfitri selari dengan tema Kempen Rantaian Kasih Habib pada tahun ini iaitu Irama Aidilfitri berkonsepkan Retro Moden.
Tema ini juga konsisten dengan risalah, wafer emas dan juga sampul raya Habib.
Zulaikha Yusof
Fri Apr 30 2021
16 Kali Buat Pembedahan, Katie Price Dakwa Pemilik P*yudara Terbesar Di Britain
Model Katie Price mendakwa dirinya sebagai pemilik payudara terbesar di Britain dengan ukuran 2120 CC menerusi beberapa siri pembedahan yang dilakukan terhadap aset tersebut.
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir