Hiburan
Paksa Song Ji Hyo Sentuh Serangga, Running Man Dikritik
Program Running Man dikritik netizen selepas didakwa memaksa Song Ji Hyo menyentuh serangga dalam sebuah kotak misteri yang disediakan.
Kejadian itu berlaku dalam episod Running Man yang bersiaran baru-baru ini.
Menerusi episod yang ditayangkan, Song Ji Hyo terpaksa menyentuh serangga itu sebagai hukuman kerana tidak berjaya menyempurnakan misi yang diberikan.
Sebaik saja mengetahui hukuman yang diberikan, Song Ji Hyo atau lebih mesra dengan panggilan Ji Hyo ini terkejut dan merayu kepada Ha Ha supaya menyelamatkan dirinya.
Melihat kepada reaksi Ji Hyo yang ketakutan, Ha Ha terus memilih untuk menyelamatkan satu-satunya anggota wanita Running Man itu.
Sebaik saja terlepas daripada hukuman tersebut, dalam keadaan panik Ji Hyo menarik tangannya dan berlari menjauhkan diri daripada kotak tersebut sehingga dia terjatuh.
Dalam pada itu, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mendakwa pihak Running Man tidak peka dengan kondisi Ji Hyo yang sememangnya fobia terhadap serangga.
Rata-ratanya memberikan komen yang mengatakan pihak produksi sudah kekeringan idea untuk menjadikan Running Man menarik seperti dahulu.
Antara komen yang diterima ialah
"Ini tidak lawak, melihat seseorang terseksa kerana fobia atau terpaksa berdepan dengan ketakutan yang dialami sangatlah tidak menyeronokkan" - jihyonunafans
"Sudahlah, kembalikan Running Man yang dahulu, Running Man yang ada permainan tarik tag nama. Itu lebih seronok, kembalikan produser yang lama," - exorunningmanglory
Teks oleh: Mya Amri