"Paksu Cepat Masuk Meminang" - Netizen Puji Intan Liana Cantik Pakai Busana Pengantin

Zulaikha Yusof
September 6, 2018 10:07 MYT
Bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid, Intan Liana Salleh mendapat perhatian ramai apabila mengenakan gaun pengantin.
Intan berkongsi dan memuat naik foto dirinya memakai busana terbabit di laman Instagram (IG) baru-baru ini.
Pelbagai komen dilontarkan netizen dalam entri itu, antaranya memuji kecantikan Intan menggayakan pakaian tersebut.
Namun ada segelintir pengikut yang meninggalkan komen dengan menyuruh seorang jejaka iaitu Redzuan Manaf supaya cepat masuk meminang Intan.
"@nanadhia9842: @redzuanmanaf bakal queen paksu ke ni.
"@nur_adilah_abdullah: Cantik sangat..Paksu @redzuanmanaf..cepat la masuk minang.
Redzuan juga pernah memuat naik gambar Intan di media sosialnya sebelum ini.
Peminat juga tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dilalui oleh Intan sambil bergurau mengingatkan agar jangan lupa untuk melayangkan jemputan jika dia ingin berkahwin.
"@suri140298: Bonda nak kahwin lagi ke yey..jangan lupa jemput kami.
Intan turut 'sporting' melayan komen netizen itu dengan membalas lambat lagi masanya dia akan berkahwin.
Terdahulu, Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013 namun bercerai pada 22 Mac 2018 lalu.
#Model #Intan Liana