Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Paling Bahagia Dapat Sediakan Surau Dalam Rumah” - Fasha Sandha Syukur Impian Tercapai

Mya Amri
01/05/2022 05:25 MYT

Pelakon, Fasha Sandha melahirkan rasa syukur dapat menyediakan surau sendiri di dalam rumah untuk kegunaan ahli keluarganya.

Menurut Fasha, rumah yang dibeli ketika usia 21 tahun itu dikemaskan mengikut kreativiti sendiri tanpa bantuan pereka dalaman.

“Perasaan syukur, sebak bercampur. Rumah pertama yang dibeli ketika usia 21 tahun, dapat dikemaskan mengikut kreativiti sendiri tanpa interior designer.

“Deco pun buat sendiri nak jimat kos. Paling bahagia dapat sediakan surau buat keluarga dalam rumah teres (memang impian sejak dulu). Biar rumah kecil tapi ada ruang solat bersama.

"Terima kasih Imam Azim Dan adik-adik Tahfiz, keluaga tersayang, untuk momen indah," kongsinya di akaun Instagram.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Fasha juga baru sahaja mengadakan majlis doa selamat di rumah berkenaan baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Fasha muncul dengan drama Dendam Seorang Isteri yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105).

Dendam Seorang Isteri juga boleh ditonton di Astro Go.

Kredit foto: Instgaram Fasha Sandha 

#Fasha Sandha #Rumah