Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Paling Kecoh Nak Gaduh, Warna Baju!” – Throwback Kenangan, Meriahnya Raya Adik-Beradik Melvin

Mya Amri 16/04/2020 | 13:47 MYT
Kakak kepada pelakon Syatilla Melvin, Syafiqa mengimbas kembali kemeriahan ketika beraya bersama dengan adik-beradiknya.
Kenangan itu dikongsi Syafiqa menerusi posting di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Menurutnya, antara perkara yang paling hangat dibincangkan menjelang raya adalah pemilihan warna baju.
“Setiap kali nak raya, benda yang paling kecoh untuk digaduhkan adalah WARNA BAJU. Aku cukup heran dengan depa ni.
“Orang raya nak pakai baju sedondon sama semua, depa tak suka sama. Konon-konon unik, jadi sudahnya raya kami setiap 2 tahun sekali baru la sama warna, yang lain warna campoq-campoq semua,” kongsinya.

Cerita kami setiap kali raya... . . Everytime nk raya, benda yg paling kecoh utk digaduhkan is WARNA BAJU , aku cukup heran dgn depa ni.. org raya nak pakai baju sedondon sama semua, depa x suka sama... konon2 unik ? , so sudahnya raya kami setiap 2 tahun sekali baru la sama kaler, yg lain kaler campoq2 semuaaa . . Pastu lagi satu isu is pagi raya, kak long and family mmg akan sampai lambat sikit pagi raya tu... sbb ikut arwah husband p solat raya dulu pagi tu, and ziarah kubur and beraya belah arwah dulu kat Sg Setar ... jarak rumah ada la dlm 10min ja dr rumah mak kak long, so pagi raya setiap tahun selama kak long kawen, depa akan bising sbb aku la paling lambat sampai , makeup depa dah cayaq ???, padan la muka hampa ! . . Banyak lagi kak long nak cerita pasal KALUT SUNGGUH RAYA family kami, hampa nak baca ka? ? . . #kalutsungguhraya

A post shared by Kaklong KekaSih (@syafiqamelvin) on

“Lagi satu isu pagi raya, kak long dan keluarga memang akan sampai lambat sikit pagi raya tu sebab ikut arwah suami p solat raya dulu pagi tu dan ziarah kubur dan beraya belah arwah dulu kat Sg Setar.
“Jarak rumah ada la dalam 10 minit ja dari rumah mak kak long, jadi pagi raya setiap tahun selama kak long kawen, depa akan bising sebab aku la paling lambat sampai, makeup depa dah cayaq, padan la muka hampa!
“Banyak lagi kak long nak cerita pasal KALUT SUNGGUH RAYA keluarga kami, hampa nak baca ka?” tulisnya dalam loghat utara.
Terdahulu, The Melvin juga dikenali dikalangan pengikut sebagai adik-beradik yang meriah dan kepoh selain keakraban hubungan antara satu sama lain.
#Syatilla Melvin #Syafiqa Melvin
;