Aktor Norman Hakim akui seronok apabila dikelilingi lebih ramai pelakon wanita di dalam set drama bersiri The Maid.

Menurut Norman, meskipun hampir setiap masa hanya dia sahaja pelakon lelaki di dalam set, namun dia tidak kekok menyertai apa jua topik yang dibincangkan.

“Sangat menyeronokkan lah dalam set The Maid ni. Banyangkan hampir setiap masa saya akan bersama pelakon wanita iaitu empat isteri dan empat pembantu rumah.

“Meskipun begitu, saya tidak kekeok malah boleh ‘join’ apa jua topik yang mereka bincangkan.

“Kebanyakkan masa mereka bercerita mengenai tas tangan, makanan, dan paling ketara bila seorang beli satu barang contoh botol air, tiba-tiba semua beli yang sama juga.

“Bila cakapa pasal makanan pula masing-masing pula diet dan bawa makanan sendiri, saya lah yang selalu habiskan makanan produksi sediakan,” katanya berseloroh.

The Maid turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Zarina Zainoordin, Ieda Moin, Nadya Shahera, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

Mengulas mengenai chemistry yang dibina di antara pelakon, Norman akui dia sudah mula ada ikatan yang baik dengan semua pelakon selama satu bulan penggambaran itu dijalankan.

“Kami punya bonding tu bukan sahaja dalam drama malah realitinya memang kami sangat rapat. Mudah bekerjasama dengan semua pelakon termasuk produksi,” katanya lagi.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand