Paling Laris! Filem On Your Mark, Arahan Pengarah Malaysia Duduki Carta Nombor Satu Di China

Mya Amri
Jun 19, 2021 10:50 MYT
Sekalung tahniah diucapkan kepada pengarah filem profilik Chiu Keng Guan kerana berjaya menambat hati penonton di China menerusi filem berjudul, On Your Mark.
Lebih manis lagi, filem yang mengangkat tema semangat kesukanan dan kasih sayang bapa bersama anak ini berjaya menduduki tangga nombor satu filem paling laris pada hari pertama tayangan di negara tersebut.
Mungkin ada yang tidak tahu, Chiu Keng Guan merupakan pengarah filem hebat berjudul Ola Bola dan The Journey.
Kedua-duanya bukan sahaja mendapat kutipan pecah panggung tetapi juga menerima pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa.
On Your Mark yang membariskan pelakon hebat dari negara China seperti Yanhui Wang, Youhao Zhangt, Beibi Gong, Wenjuan Feng, Junhao Li dan Jinshan Liu ini telah pun ditayangkan bermula semalam, 18 Jun 2021.
#Filem #Chiu Keng Guan #On Your Mark #Paling Laris Di China #Tangga Pertama Carta Di China