Penyanyi Tajul tidak ketinggalan membuka akaun Instagram (IG) khas buat puteri sulungnya, Adriana Carissa.

Akaun menggunakan nama @adrianacarissa_ itu baru sahaja dibuka dan masih lagi ditetapkan mengikut mood privasi.

Tajul memaklumkan perkara itu menerusi kemas kini terbaru di Instagramnya sebentar tadi.

“Paling manja daddy ke ni? Siapa nak tengok gambar dia penuh, boleh follow IG dia. Tunggu dia dah besar sikit, tajul post, okay @adrianacarissa_ @adrianacarissa_ @adrianacarissa_,” tulisnya.

Paling manje daddy ke ni? Spe nk tgok gambar dia penuh, boleh follow IG dia. Tggu dia dh besar skit, tajul post, okay??@adrianacarissa_ @adrianacarissa_ @adrianacarissa_

A post shared by ??? Official account . Tajul (@tajulofficial) on


Walaupun masih dalam mood privasi, jumlah pengikut IG berkenaan juga sudah semakin bertambah dari masa ke semasa.

BACA: Tajul Dah Bergelar Bapa! Pilih Nama Adriana Carissa

Terdahulu, Tajul sudah mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shamieza Eddie pada 23 Disember 2017.

Bagaimanapun, hal itu dirahsiakan selama hampir dua tahun sebelum membuat pengakuan kepada umum mengenai status dirinya pada bulan lalu.