Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Paling Membahagiakan, Allah Telah Menemukan Jodoh Dunia Akhirat”- Fattah Amin

Syafiqah Jalal
03/01/2018 02:23 MYT
Aktor Fattah Amin rasa bertuah kerana tahun 2017 telah memberikan banyak rezeki dan berpeluang mengukir pelbagai momen indah, termasuk kehadiran Fazura dalam hidupnya.

Fattah menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu Fazura perkara paling membahagiakannya untuk tahun 2017.

Pelakon Coffee Prince itu bersyukur kerana dipertemukan dengan Fazura dan menganggap ia jodoh terbaik dunia akhiratnya.

Menerusi tulisannya sempena tahun baru, Fattah memuji isterinya seorang wanita yang ayu namun berani, wanita yang anggun namun bersahaja, wanita yang lemah lembut namun cekal.

Selain itu, Fattah turut berbangga kerana dia telah mencapai banyak kejayaan dalam kerjayanya pada 2017 termasuk menggunguli beberapa anugerah di Anugerah Meletop, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) dan Anugerah Buku Negara.

Akhir sekali, Fattah turut berharap agar kehidupannya serta kerjayanya lebih berjaya pada tahun 2018.

Berikut merupakan ucapan penuh Fattah sempena tahun baru:

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT di atas peluang untuk melalui tahun baru sekali lagi. So many things happened in 2017 sehinggakan saya tak dapat gambarkan betapa bertuahnya saya untuk tahun 2017! Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana banyak perkara yang telah saya belajar dan juga temui ramai orang-orang yang cukup banyak membantu saya menjadi seorang yang lebih baik bukan sahaja sebagai seorang artis, tapi juga sebagai seorang insan. First and foremost, saya nak ucapkan terima kasih to all my beloved family, wife and fans yang tak jemu-jemu menyokong saya. Berkat dan hasil dari sokongan anda semua, saya telah berjaya memenangi beberapa anugerah utama tahun lepas. Dari Anugerah ABPBH, Meletop, Anugerah Buku Negara - semua ini dan banyak lagi tidak akan menjadi kenyataan tanpa anda semua. Paling membahagiakan saya ialah Allah telah menemukan saya dengan jodoh dunia akhirat, jodoh yang terbaik untuk saya, @missfazura. We are not perfect, but our love for each other makes up for our imperfection. Saya sangat bersyukur kerana ditakdirkan dapat mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang ayu namun berani, seorang wanita yang anggun namun bersahaja, seorang wanita yang lemah lembut namun cekal. Saya sangat berterima kasih dan terharu atas semua #doayangbaikbaik banyak pihak sehingga kami dipertemukan. In these first few days of 2018, saya doakan semoga kita semua agar dikurniakan rezeki, kebahagiaan dunia akhirat dan daya usaha untuk terus lebih maju sepanjang tahun ini. Smart people think, Brave people talk, Great people act. Have a fantastic year ahead and may we all stay in the blessing of Allah in everything we do!

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on


Foto: Instagram Fattah Amin
#Fattah Amin #Fazura #Fazura #Fattzura #Coffee Prince
;