HIBURAN
Paling Menang! Sofia Jane & Pelakon Filem Mencari Ramlee Buat Serumpun Dance Challenge Curi Tumpuan - “Macam Tak Percaya…”
Barisan pelakon dan krew filem Mencari Ramlee mencuri perhatian dengan membuat cabaran tarian (dance challenge) menggunakan lagu raya popular, Serumpun.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), pelakon dan krew tampil ceria dengan gerak tari yang penuh semangat, mengikut rentak rancak lagu nyanyian Mimifly tersebut.
Antara barisan pelakon yang menyertai challenge tersebut adalah Datin Sofia Jane, Tony Eusoff, Megat Sharizal dan Han Zalini.
Dengan berlatarbelakangkan dekorasi bertemakan Aidilfitri, mereka bukan sahaja menari dengan penuh gaya tetapi turut mengenakan busana tradisional yang menambah seri.
Menjengah ke ruangan balas, peminat dan pengikut memberi reaksi positif terhadap perkongsian Serumpun Dance Challenge itu.
Ramai yang memuji kreativiti para pelakon terutamanya kepada Sofia Jane yang begitu berbakat dalam menari.
“I'm very proud to say @sofiajane72 is my senior at school. Ad veritatem per caritatem,” luah Mimifly bangga.
“Weiii Sofia Jane weiii. Yang ni PALING MENANG!!!,” tulis netizen teruja.
“Macam tak percaya weii kak Sofia Jane sangat perform,” puji netizen lagi.
“Kak @sofiajane72, adakah you seorang vampire?,” tulis netizen.
“Amboi ibu Zara..ajak ahli kabinet buat trend,” komen netizen lain.
Filem "Mencari Ramlee" dijayakan Datin Sofia Jane, Tony Eusoff dan Mimi Lana dengan penampilan khas Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Bront Palarae, Sharifah Amani dan Vanidah Imran.
Mencari Ramlee adalah naskhah berkisar era kejatuhan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada 1970-an yang disampaikan secara fiksyen.