,
Laman Utama

"Paling Mencabar Di Bangkok Sebab..." - Bront Palarae Kongsi Pengalaman Berlakon Filem Proksi!

Asraf Aided
22/11/2021
06:32 MYT
Aktor popular, Bront Palarae berkongsi cabaran menjayakan watak dalam filem lakonan terbaru lakonannya, Proksi.
Menurut Bront, antara cabaran yang dilalui adalah memakai pakaian tebal (sweater) dalam cuaca tropika yang panas.
"Bekerja di cuaca tropika adalah sangat panas, tambahan lagi kena pakai sweater.
"Ada beberapa tempat yang kurang kondusif, walaupun panas tapi kena buat-buat macam sejuk sikit," selorohnya.
Bagaimanapun Bront akui itu bukanlah perkara yang sangat mencabar kerana sudah menjadi asam garam anak seni.
"Namun itu bukanlah yang paling sukar, sudah menjadi asam garam berlakon," katanya.
Mengulas lanjut, Bront mendedahkan pengalaman paling mencabar menjayakan Proksi adalah ketika menjalani penggambaran di Bangkok, Thailand.
"Paling mencabar saya rasa ketika menjalani penggambaran di Bangkok, kerana ia memerlukan koordinasi dari pelbagai pihak yang di Malaysia, begitu juga di Thailand.
"Selain itu, lokasi yang kami pergi juga bukanlah tempat pelancongan biasa, visi pengarah dan pihak produksi membawa kami ke kawasan tempatan yang memaparkan konsep sudut gelap dan ruang yang tidak pernah diterokai oleh filem Malaysia ataupun filem-filem luar.
"Perkara itu lah yang sangat mencabar, nak masuk ke tempat-tempat itu pun mencabar, bukan sebagai pelakon, tetapi sebagai sebahagian daripada produksi keseluruhan untuk menjayakan filem ini," katanya lagi.
Proksi telah menjengah pawagam di rumah anda menerusi Astro First, saluran 480 bermula 18 November 2021.
Selain Bront, Proksi turut menampilkan lakonan hebat Allahyarham Ashraf Sinclair, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Sangeeta Krishnasamy dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang mengisahkan tentang kegiatan penggodam elit ini!
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Jiwa Malaysia 2024

gempak
06/09/2024
01:35 MYT
Jom sertai GMW Giveaway sekarang!
Hiburan

Filem Adoiii Jiwaku Bakal Ditayangkan Secara Percuma Sempena Hari Malaysia!

gempak
05/09/2024
16:46 MYT
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, pihak Lomo Pictures Sdn Bhd memberi tayangan secara percuma filem ‘Adoii Jiwaku’ buat para penonton.
Berita

Syarikat Thailand Tawarkan Cuti Tinder Kepada Pekerja! - "Boleh Guna Untuk Keluar Temu Janji Dengan ..."

gempak
05/09/2024
15:55 MYT
Sebuah syarikat dari Thailand telah menawarkan manfaat yang tidak konvensional kepada pekerjanya iaitu cuti Tinder.