Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Paling Mencabar Di Bangkok Sebab..." - Bront Palarae Kongsi Pengalaman Berlakon Filem Proksi!

Asraf Aided
22/11/2021 06:32 MYT
Aktor popular, Bront Palarae berkongsi cabaran menjayakan watak dalam filem lakonan terbaru lakonannya, Proksi.

Menurut Bront, antara cabaran yang dilalui adalah memakai pakaian tebal (sweater) dalam cuaca tropika yang panas.

"Bekerja di cuaca tropika adalah sangat panas, tambahan lagi kena pakai sweater.

"Ada beberapa tempat yang kurang kondusif, walaupun panas tapi kena buat-buat macam sejuk sikit," selorohnya.

Bagaimanapun Bront akui itu bukanlah perkara yang sangat mencabar kerana sudah menjadi asam garam anak seni.

"Namun itu bukanlah yang paling sukar, sudah menjadi asam garam berlakon," katanya.

Mengulas lanjut, Bront mendedahkan pengalaman paling mencabar menjayakan Proksi adalah ketika menjalani penggambaran di Bangkok, Thailand.

"Paling mencabar saya rasa ketika menjalani penggambaran di Bangkok, kerana ia memerlukan koordinasi dari pelbagai pihak yang di Malaysia, begitu juga di Thailand.

"Selain itu, lokasi yang kami pergi juga bukanlah tempat pelancongan biasa, visi pengarah dan pihak produksi membawa kami ke kawasan tempatan yang memaparkan konsep sudut gelap dan ruang yang tidak pernah diterokai oleh filem Malaysia ataupun filem-filem luar.

"Perkara itu lah yang sangat mencabar, nak masuk ke tempat-tempat itu pun mencabar, bukan sebagai pelakon, tetapi sebagai sebahagian daripada produksi keseluruhan untuk menjayakan filem ini," katanya lagi.

Proksi telah menjengah pawagam di rumah anda menerusi Astro First, saluran 480 bermula 18 November 2021.

Selain Bront, Proksi turut menampilkan lakonan hebat Allahyarham Ashraf Sinclair, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Sangeeta Krishnasamy dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang mengisahkan tentang kegiatan penggodam elit ini!

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!




 
#Filem #Astro First #Bront Palarae #Thailand #Proksi #Cabaran #Bangkok #Filem Aksi