Peserta Ceria Megastar Ministar, El telah memukau juri apabila mendapat ‘standing ovation’ daripada Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil dan Erni Zakri dalam persembahan minggu kelima yang lalu.
Menerusi persembahan itu, El atau Ministar El mempersembahan lagu Seragam Hitam yang dipopularkan oleh kumpulan Kristal. El juga membuat kejutan dengan menari rancak seiring dengan lagu yang dipersembahkan.
Pada minggu kelima itu juga melayakkan El untuk memenangi Mikrofon Wow.
Program realiti kanak-kanak yang berkonsepkan pertandingan nyanyian anjuran Astro Ceria, Ceria Megastar Ministar, mencabar pesertanya dengan tema, #SayaCuba. Pada minggu #SayaCuba tersebut, barisan peserta cilik yang lebih dikenali dengan nama Ministar itu ditugaskan untuk mendedangkan lagu-lagu yang luar dari genre dan zon keselesaan mereka.
Mentor kepada Ministar ini, iaitu bekas peserta program realiti Ceria Megastar seperti Wafiy Aan, Vanessa Reynauld, dan Chubb-E bertungkus-lumus melatih mereka untuk mencuba benda baru. Usaha ini juga dibantu oleh guru vocal, Mark Adam dan guru persembahan, Alam Wakaka.
Ternyata segala penat lelah kesemua Ministar itu sangat berbaloi apabila konsert Ceria Megastar Ministar minggu ke-5 tersebut telah menyaksikan persembahan luar biasa dari barisan peserta, seterusnya memukau hati Juri Tetap, Pak Nil dan Zizan Razak, serta Juri Jemputan, Ernie Zakri.
Selain El, Ministar yang masih kekal dalam program tersebut adalah Umai, Cici, Eiffel, Ranea, Alif dan Timah
Ketika pengumuman untuk segmen penyingkiran Ministar, pengacara, Nabil Ahmad membuat kejutan dengan menyatakan bahawa tiada penyingkiran akan dilakukan pada minggu tersebut!
Malah, bukan itu sahaja. Barisan Ministar yang telah tersingkir pada minggu-minggu yang terdahulu akan dipanggil semula untuk membuat persembahan pada minggu ini, sesuai dengan tema mingguannya, ‘Kasi Chance!’.
Peserta Ministar ini mempamerkan bakat mereka seterusnya memenangi hati Juri Tetap, Pak Nil dan Zizan Razak serta Juri Jemputan untuk Minggu Ke-6 ini, Shuib Sepahtu.
Jangan lupa saksikan ‘Ceria Megastar Ministar’ di saluran Astro Ceria (CH 611), Astro Prima (CH 105) dan Astro Prima HD (121) pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam! Ceria Megastar Ministar juga boleh diakses melalui aplikasi Astro GO dan di platform digital, On Demand.
Syafiqah Jalal
Tue Jul 16 2019


Dah Buat Aqiqah Anak? Raih 2 Ganjaran Dalam 1 Ibadah Dengan Aqiqah di EZ Qurban Pada Bulan Ramadan Ini Serendah RM299 Sahaja!
Aqiqah di bulan Ramadan lebih ganjarannya

Budi Doremi Tak Gusar Buat Persembahan Di Malaysia - “Hal Yang Kita Tak Tahu, Jadi Serahkan Pada…”
Best konsert Nidji X Budi Doremi.

Pelbagai Gaya & Karakter, Ini 5 Momen Epik Selebriti Di Mahkamah
Kadang-kadang lucu juga bila tengok.
![[VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu [VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-inilah-dia-sama-memang-wangi-uwais-terkenang-arwah-ibu-bau-perfume-siti-sarah-pengubat-rindu.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu
Sebak tengok raut wajah Uwais....

Demi Jual Sayur, Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali
Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali

“Kemain Orang Geli, Sebenarnya Ada Jawapan…”- Nabila Huda Respon Isu Kongsi Makanan Dengan Kucing
Abil komen isu makan semangkuk dengan kucing.

“Saya Sudah Memaafkan, Tetapi Untuk Melupakan…” - Bella Astillah
Bella Astillah baik orangnya

Jadi Mangsa Rogol, Tiz Zaqyah Terkesan Gara-Gara Watak Lara - “Saya Rasa Tidak Sabar Nak Tukar Baju…”
Berat juga watak Tiz dalam Liar.

Isteri Afiq Muiz Fail Fasakh, Dakwa Tak Beri Nafkah Punca Utama Nak Bercerai - “Mengenai Bukti, Saya Rasa Semua Orang…”
Semoga ada jalan penyelesaian.

“Kalau Betul Aurora Trauma Dengan Saya, Kenapa…”- Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle
Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle