Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi pengalaman yang dilalui isterinya sewaktu ingin menyambut kelahiran anak keduanya, Rayyan Huzaifah Lew.

Menurut Ebit, hasrat isterinya untuk bersalin secara normal ketika itu tidak berjaya selepas terpaksa menanggung kesakitan.

"Semasa melahirkan Rayyan Lew berat 4.6KG. Bidadari saya ingat nak melahirkan normal. Sekali sakit sangat dan tak keluar.

"Waktu tu semua dah risau sangat. Saya pegang tangan bidadari saya. Menjerit sakit. Doktor pun dah cuba bantu," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Menurut Ebit, isterinya yang digelar 'bidadari' itu kemudian terpaksa menjalani prosedur bersalin secara pembedahan.

"Tiba-tiba tukar plan kena operate. Sakit dan dah banyak luka. Lepas tu banyak luka sakit. Kena papah ke bilik air. Paling sakit kata bidadari saya.

"Besar pengorbanan bidadari saya. I love you bidadariku sayang. Terima kasih Allah," coretnya yang kini mempunyai empat cahaya mata.

Perkongsian itu dibuat Ebit sempena ulang tahun kelahiran Rayyan yang diraikan semalam.

"Selamat hari lahir anakku Rayyan Huzaifah Lew 29 Dis. Anak kedua. I love you anakku?. Ya Allah diriku sayang padanya. Sayanglah padanya.

"Wahai anakku jaga solat awal waktu. Jadi anak soleh ya. Semoga Allah jaga dan pelihara dirimu dan menjadi matahari kebaikan dan hidayah," katanya yang turut menghadiahkan anak lelakinya itu sebuah komputer.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)