Usahawan kosmetik Aliff Syukri akui dia juga antara peniaga yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).

Menurutnya, antara peniagaannya yang terjejas adalah tempat penginapan atau resort yang diusahakan di Sungai Buloh.

“Siapa senasib macam saya? Sedih yang sukar saya ungkapkan.

“Berjuta juta ringgit saya habis untuk menaikkan @sugehecoresort cawangan sungai buloh @sugeh.chalet dan baru nak merasai hasil daripada perniagaan ni.

“PKP tutup buka tutup buka, pelanggan pun takut nak datang kejap buka kejap tutup.

“Paling menyedihkan cukai semua nak saya bayar gaji pekerja kau nak kena bayar kalau nak berhentikan kesian mereka.

“Begitulah nasib usahawan kecil seperti saya ini,” katanya.

Jelasnya, pekerjanya juga terpaksa melakukan perkara yang tidak biasa dilakukan.

“Pekerja saya yang tidak biasa kerja panas terpaksa membuat kerja panas untuk memantainkan perniagaan ni.

“Bila nak habis dan berlalu PKP ni, doakan cepat habis dan jangan lupa untuk booking dan bercuti di sini,” katanya.

Aliff Syukri berkata demikian menerusi satu posting terbaru di Facebooknya.

Menerusi ruang komen, rata-rata turut bersimpati dengan usahawan popular berkenaan.

Walaubagaimanapun, kebanyakan orang ramai menyifatkkan bukan Aliff Syukri saja yang terjejas teruk, malah hampir kesemua peniaga kini terkesan dengan pelaksanaan PKP.

Siapa senasib mcm saya?? Sedih yang sukar saya ungkapkan. Berjuta juta ringgit...saya habis untuk menaikkan @...

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Wednesday, February 10, 2021