Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

Khairil Khusyairi
18/09/2024 18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.

Apatah lagi digabungkan dengan bacaan mantera dan beberapa kemunculan makhluk menakutkan.

Oleh itu, Gempak senaraikan filem-filem seram yang berkisarkan bomoh atau dukun yang pernah menghantui penonton.

1. Qodrat

Qodrat mengisahkan seorang Ustaz Rukiyah yang cuba menyelamatkan penduduk setempat. Namun, ustaz yang bernama Qodrat itu terpaksa berhadapan dengan rakan sekerja yang secara diam-diam merupakan dukun atau penyembah syaitan.

Dukun bernama Zafar itu membuat kampung itu kering dalam tempoh yang lama. Dia juga mengambil kesempatan atas kelemahan orang untuk mengaut keuntungan, walaupun Zafar juga seorang yang pakar agama.

2. The Medium

Filem The Medium mengisahkan tentang pasukan dokumentari mengembara ke wilayah Isan, Thailand untuk mengikuti kehidupan seorang bomoh tempatan.

Kemudian, bagi memudahkan mendapatkan maklumat tentang roh yang disebutkan sebelum ini, mereka memutuskan untuk menemu bual beberapa bomoh di situ. Kemudian, dipilih Nim, seorang bomoh yang dirasuk dewa bernama Martian atau menurut kepercayaan timur, Dewa Bayan. Dia adalah tuhan yang baik yang sentiasa memberkati semua orang.

3. Exhuma

Exhuma mengisahkan tentang dua orang bomoh dari Korea Selatan dan Ahli Feng-Shui yang ingin membantu keluarga Korea yang sangat kaya raya yang tinggal di Amerika Syarikat, Los Angeles.

Mereka akan mendapat ganjaran yang besar jika dapat menghentikan ancaman misteri ini. Hwa-ra dan Bong-gil memulakan ritual untuk mengetahui punca kejadian ghaib itu. Mereka menerima petunjuk bahawa ancaman itu datang dari roh nenek moyang keluarga yang jahat.

4. Don Dukun

Don Dukun mengisahkan tentang seorang ‘dukun instafamous’ yang bercita-cita menjadi dukun hebat seperti ahli keluarganya yang lain hingga sanggup menggunakan gimik serta tipu helah dan dihalang oleh ayahnya sendiri dari mendalami ilmu keramat keluarga mereka.

Datang seorang janda kaya menawarkan habuan lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang meletakkan Don Arif dalam situasi persaingan dengan bomoh-bomoh lain sekaligus perlu berhadapan dengan ancaman kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa si anak tiri.


View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Menarik kan semua senarai-senarai filem yang Gempak kongsikan ini.

Jangan lupa saksikan filem Don Dukun yang bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini.

Don Dukun menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin, Rashidi Ishak dan ramai lagi.

#Filem #Zul Ariffin #Dukun #Seram #Bomoh #Syirik #Don Dukun