Laman Utama

“Paling Susah Nak Dapat” - Isteri Mengidam Nasi Goreng Hotel Di Langkawi, Ikmal Amry Lega Dapat Tunaikan

gempak
Mya Amri
13/12/2021
08:20 MYT
Sponsor Banner
“Paling Susah Nak Dapat” - Isteri Mengidam Nasi Goreng Hotel Di Langkawi, Ikmal Amry Lega Dapat Tunaikan
Pelakon Ikmal Amry berasa lega dapat menunaikan hajat isterinya, Najla Shamsul yang mengidam nasi goreng sebuah hotel terkemuka di Langkawi.
Menurut Ikmal, permintaan isterinya yang kini hamil tujuh bulan untuk menikmati hidangan itu merupakan antara yang paling sukar untuk ditunaikan memandangkan lokasinya berada di negeri lain.
“Dalam banyak-banyak makanan yang dia mengidam ni paling susah nak dapatkan. Kenapa susah?
“Dia nak nasi goreng St Regis Langkawi. Kita orang makan nasi goreng ni waktu berbulan madu.
“Tapi semua yang dia teringin nak makan… Alhamdulillah dapat tunaikan kecuali nasi goreng ni je tangguh dulu. Yela Langkawi weh,” kongsinya di akaun Instagram.
Bagaimanapun Ikmal melahirkan rasa syukur mendapat rezeki untuk menunaikan hasrat isterinya.
“Tapi Allah sebaik perancang. Selepas dua minggu dia teringin nak makan tu, Am dapat satu tawaran filem penggambaran di Langkawi.
“Allahuakhbar ni rezeki awak sayang. Allah susun cantik je. Am dapat penggambaran di Langkawi supaya boleh bawa awak makan di St Regis Langkawi.
“Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Rezeki memang tak pernah salah alamat,” coretnya.
Terdahulu, Ikmal dan isterinya mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu , pasangan ini sedang menanti anak sulung mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live