Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Paling Susah Sebenarnya” - Namron Takut Bawa Watak Romantik? Dah Kenapa?

Hanafis Haris
03/09/2021 02:08 MYT
Pelakon hebat Namron akui agak sukar untuk membawakan watak romantik dalam mana-mana filem khususnya menerusi naskah-naskah terbaru.

Menurut Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdnan, dia bimbang sekiranya orang ramai tidak yakin melihatnya membawa watak sedemikian.

“Menerusi filem Mencari Rahmat yang sedang ditayang ketika ini, kiranya kali kedua saya bawa watak romantik.

“Paling susah sebenarnya bila nak ‘romance’ ni, takut orang tak yakin apabila saya bawa watak macam tu,” katanya.

Jelasnya, antara faktor lain pastilah melihat kepada situasi umurnya ketika ini.

“Bukan saya takut sebab apa, sebab umur saya dah 50-an.

“Kalau dulu saya masih 20-an tak mengapalah, ni kalau dah umur 50 ke atas bercinta dengan orang muda, parah.

“Nasib baik juga filem Mencari Rahmat mengangkat tema romantik komedi.

“Kalau betul-betul romantik macam Azura atau Ali Setan tercirit juga saya nanti,” katanya berseloroh.

Namron ditemui ketika sidang media virtual tayangan filem Mencari Rahmat, baru-baru ini.

Sekadar info, menerusi filem Mencari Rahmat, Namron membawa watak seorang ahli perniagaan berjaya bernama Razak.

Selain Namron, Mencari Rahmat arahan Al Jafree Md Yusop ini turut dibintangi Amerul Affendi, Sharifah Amani, Nadia Aqilah, Adibah Noor, Fauziah Nawi dan Eric Fuzi.

Filem ini mengisahkan Razak seorang anak yatim piatu yang diambil sebagai anak angkat oleh Tan Sri Omar dan Puan Sri Jamilah kerana mereka tiada anak lelaki.

Razak diamanahkan menjaga cucu perempuan mereka, Ratna (Sharifah Amani) yang juga telah kehilangan ibu dan bapanya.

Konflik bermula apabila Razak seorang lelaki yang suka berfoya-foya dan menghabiskan masa dengan berhibur perlu menunjukkan teladan yang baik pada Ratna.

Anda boleh tontonnya di platform striming MUBI.







#Viral #Namron #Romantik #MencariRahmat #MUBI
;