,
Berita

“Paling Tak Suka Lelaki Macam Ni…”- Dikecam Gara-Gara TikTok, Heykal Hanifah Tampil Beri Penjelasan

Syafiqah Jalal
16/06/2020
07:51 MYT
Pengarah Heykal Hanifah berang apabila menerima kecaman dari seorang netizen mengenai video TikTok yang dilakonkannya sekeluarga sempena kebenaran pulang ke kampung oleh kerajaan baru-baru ini.
Netizen tersebut menuduh Heykal seorang lelaki yang ala kadar dan tidak mementingkan kekemasan apabila hanya membawa pulang baju pulang ke kampung dengan beg plastik.
Pun begitu, Heykal tidak berdiam diri malah menjelaskan ia sekadar lakonan dan bukan realiti kehidupannya.
“Bila baca benda ni mula mula memang berangin tapi bila tarik nafas dan istigfar alhamdulillah kurang.
“Cuma nak jelaskan apa yang kita buat ini adalah sekadar lakonan dan baju dalam plastik tu adalah baju untuk karakter-karakter tertentu milik production yang nak dihantar ke dobi. Contoh macam pakai seragam cleaner,guard,pomen,gelandangan dan sebagainya,” katanya
Suami kepada pelakon Faezah Elai itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Heykal memuat naik paparan skrin komen netizen yang berkongsi mengenai video tersebut di laman Facebook.

Hahahaha bila baca benda ni mula mula mmg berangin tapi bila tarik nafas dan istifar alhamdulillah yang berangin tadi terus jadi belahak (bhs utara) kalau bahasa kl sedawa,jadi angin pun hilang.Just nak explain benda yg kita buat ini adalah sekadar lakonan dan baju dalam plastik tu adalah baju utk karakter karakter tertentu milik production yang nak dihantar ke dobi.Cth mcm uniform cleaner,guard,pomen,gelandangan dan sbgnya.Jadi adik qareena apa entah dah mula menaip malas nak cari balik nama dia sapa yg rajin bolehlah bgtahu kat dia haha jgnlah judge orang sesuka hati tak baik,tak elok,Allah swt pun tak suka klu hamba dia berprasangka buruk dan atau suka mengaibkan hamba yang lain,lagipun apa yang saya buat ni langsung takkan memberi apa apa kesan buruk pada hidup awak tp komen awak tu dalam kategori mengaibkan dan boleh buat orang lain join awak secara berjemaah..awak tu kena mintak maaf dik, kalau tak nanti pening awak nak cari saya..takpelah dik saya maafkan kata kata aib awak tu pada saya tp kalau boleh jangan buat lagi sebab kesan dia secara dalaman mmg tak elok.Baik awak baca kitab ummul amradh (syaikh ul hadis Maulana Muhammad Zakarriya Al khandalawi)..sbb ibu dari segala penyakit datangnya dari hati.Moga sapa yang baca ni pun akan dapat iktibar..takku pinta pun utk jadi lelaki yang ditaste olehmu cukup alhamdulillah dgn nikmat Allah kerana kurniakan isteri dan keluarga yang ku ada sekarang SYUKUR PADAMU YAALLAH.

A post shared by Heykal Hanifah (@heykalhanifah) on

Tambah Heykal lagi, sepatutnya individu tersebut tidak perlu berkongsi perkara yang tidak pasti kerana ia bakal membawa fitnah.
“Jadi adik Gareena (netizen) apa entah bolehlah beritahu kat dia haha janganlah judge orang sesuka hati tak baik,tak elok,Allah swt pun tak suka kalau hamba dia berprasangka buruk dan atau suka mengaibkan hamba yang lain.
“Lagipun apa yang saya buat ni langsung takkan memberi apa-apa kesan buruk pada hidup awak tapi komen awak tu dalam kategori mengaibkan dan boleh buat orang lain join awak secara berjemaah.
“Awak tu kena mintak maaf adik, kalau tak nanti pening awak nak cari saya..takpelah adik saya maafkan kata-kata aib awak tu pada saya tp kalau boleh jangan buat lagi sebab kesan dia secara dalaman memang tak elok.
“Moga sesiapa yang baca ni pun akan dapat iktibar. Tidak ku pinta pun untuk jadi lelaki yang di ‘taste’ oleh mu cukup alhamdulillah dengan nikmat Allah kerana kurniakan isteri dan keluarga yang ku ada sekarang ,” katanya lagi.
Terdahulu, Heykal telah berkahwin dengan Faezah pada September 2011 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Dekat Set Main TikTok, Sampai Tak Hafal Dialog” - Lana Nodin Rimas, Beri Teguran Pada Pelakon BBNU

gempak
18/11/2024
05:55 MYT
Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pelakon yang digelar Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) di set penggambaran.
Hiburan

“Bestnya! Macam Pakcik-Pakcik Chinese Ajak Menyembang” - Netizen Seronok Dengar, Kagum Nubhan Fasih Berbahasa Cina

gempak
13/11/2024
12:55 MYT
Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Nubhan Ahmad mendapat perhatian netizen selepas bertutur dalam bahasa cina.
Hiburan

Aura Ina Naim Menyerlah, 22,000 Tonton Pasangan Pengantin Baharu

gempak
13/11/2024
06:25 MYT
Aura pengantin baharu, Ina Naim semakin menyerlah apabila buat pertama kalinya melakukan penstriman langsung bersama suami sehinggakan mencapai lebih 22,900 tontonan semasa.
Viral

3 Tahun Kahwin, Suami Terkilan Isteri 'Tak Sengaja' Lakukan Hubungan S*ks Dengan Lelaki Lain

gempak
01/10/2024
09:55 MYT
Kepercayaan semestinya satu faktor utama dalam menjayakan sesuatu perhubungan.
Viral

Influencer Dengan 1.5 Juta Followers Ditahan Reman, Buat Aksi Drift

gempak
29/09/2024
08:25 MYT
Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap seorang pempengaruh TikTok yang juga usahawan muda terkenal di Pulau Pinang bagi membantu siasatan Ops Khas Samseng Jalanan.
Unitar