“Paling Tak Suka Lelaki Macam Ni…”- Dikecam Gara-Gara TikTok, Heykal Hanifah Tampil Beri Penjelasan
Syafiqah Jalal
16/06/2020 07:51 MYT
16/06/2020 07:51 MYT
Pengarah Heykal Hanifah berang apabila menerima kecaman dari seorang netizen mengenai video TikTok yang dilakonkannya sekeluarga sempena kebenaran pulang ke kampung oleh kerajaan baru-baru ini.
Netizen tersebut menuduh Heykal seorang lelaki yang ala kadar dan tidak mementingkan kekemasan apabila hanya membawa pulang baju pulang ke kampung dengan beg plastik.
Pun begitu, Heykal tidak berdiam diri malah menjelaskan ia sekadar lakonan dan bukan realiti kehidupannya.
“Bila baca benda ni mula mula memang berangin tapi bila tarik nafas dan istigfar alhamdulillah kurang.
“Cuma nak jelaskan apa yang kita buat ini adalah sekadar lakonan dan baju dalam plastik tu adalah baju untuk karakter-karakter tertentu milik production yang nak dihantar ke dobi. Contoh macam pakai seragam cleaner,guard,pomen,gelandangan dan sebagainya,” katanya
Suami kepada pelakon Faezah Elai itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Heykal memuat naik paparan skrin komen netizen yang berkongsi mengenai video tersebut di laman Facebook.
Tambah Heykal lagi, sepatutnya individu tersebut tidak perlu berkongsi perkara yang tidak pasti kerana ia bakal membawa fitnah.
“Jadi adik Gareena (netizen) apa entah bolehlah beritahu kat dia haha janganlah judge orang sesuka hati tak baik,tak elok,Allah swt pun tak suka kalau hamba dia berprasangka buruk dan atau suka mengaibkan hamba yang lain.
“Lagipun apa yang saya buat ni langsung takkan memberi apa-apa kesan buruk pada hidup awak tapi komen awak tu dalam kategori mengaibkan dan boleh buat orang lain join awak secara berjemaah.
“Awak tu kena mintak maaf adik, kalau tak nanti pening awak nak cari saya..takpelah adik saya maafkan kata-kata aib awak tu pada saya tp kalau boleh jangan buat lagi sebab kesan dia secara dalaman memang tak elok.
“Moga sesiapa yang baca ni pun akan dapat iktibar. Tidak ku pinta pun untuk jadi lelaki yang di ‘taste’ oleh mu cukup alhamdulillah dengan nikmat Allah kerana kurniakan isteri dan keluarga yang ku ada sekarang ,” katanya lagi.
Terdahulu, Heykal telah berkahwin dengan Faezah pada September 2011 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.