“Paling Teruk Bahagian Peha Sampai Nampak Daging” - Atiq Azman Terlibat Kemalangan

Hanafis Haris
September 2, 2020 11:57 MYT

Pelakon baru sedang meningkat naik, Atiq Azman berkongsi video dirinya yang terlibat dalam kemalangan hari ini.

Video tersebut dikongsi Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhd Atiqullah Shah, 18, di sebuah entri di Instagramnya.

“Nasib baik okay Alhamdulillah Ya Allah.

“Hati-hati ye sebab rasanya ada grabble (pasir halus) Atiq tak overshoot okay je tapi rasanya disebabkan tula.

“Atiq okay takde cedera teruk ,terima kasih kawan-kawan juga bantu.

“Terima kasih dengan yang lain juga sampai hujan dekat genting peras lagipun Atiq first time situ nak kenal jalan,” katanya.

Sementara itu menerusi Instagram Story, Atiq menjelaskan dia mengalami luka di beberapa bahagian antaranya di dagu, tangan kiri dan peha.

Namun bahagian paling teruk adalah di peha sehingga menampakkan isi daging.

Dalam pada itu menerusi ruang komen rata-rata netizen mendoakan supaua Atiq cepat sembuh dan pulih.

<