Palsukan Kematian Suami Kerana Enggan Bayar Hutang Bank
Seorang wanita sanggup memalsukan kematian suaminya, semata-mata ingin mengelak daripada membayar hutang pinjaman bank.
Ketua Polis Jember, AKBP Bayu Pratama Gubunangi berkata, pelaku, Indah Suryaningsih, 38, memalsukan kematian suaminya, Rakhmad Habibi, 40, kepada pihak Bank Jatim pada November 2024.
BERITA BERKAITAN: Demi RM3,200, Pempengaruh Muda Maut Sahut Cabaran Minum Arak
BERITA BERKAITAN: Pemandu Mabuk, Tiada Lesen Rempuh Pintu Bank
"Suryaningsih yang merupakan penduduk Sumbersari, melaporkan kepada pihak bank bahawa suaminya sudah meninggal dunia, bahkan memberi bukti gambar kubur dan batu nisan suaminya.
"Bagaimanapun bank mencurigai tentang laporan kematian itu, hinggalah siasatan bank mendapati bahawa dokumen yang diajukan oleh Suryaningsih adalah palsu," katanya kepada wartawan pada Jumaat.
Jelasnya, pelaku berbuat demikian kerana enggan membayar hutang kredit pinjaman bank berjumlah 750 juta rupiah (RM206,224).
Susulan itu, satu laporan polis dibuat dan pelaku dan suaminya sudah ditahan polis Jember.
Pasangan itu akan didakwa dan bakal berdepan hukuman maksimum enam tahun penjara.
Sumber: Sinar Harian