Bintang filem Baywatch, Pamela Anderson telah selamat berkahwin kali kelima dengan produser filem Hollywood Jon Peters pada Isnin.

Menurut sumber, majlis perkahwinan pasangan itu dilangsungkan secara rahsia di sebuah lokasi di Malibu, Amerika Syarikat.

"Mereka telah berkahwin senyap-senyap pada Isnin di sebuah lokasi rahsia di Malibu. Nampaknya mereka sangat sayangkan satu sama lain," tulis sumber terdekat pasangan itu.

Anderson, 52, dan Peters, 74, pernah bercinta pada tahun 1990.

"Tidak dapat dibandingkan dengan sesiapa, aku sangat mencintainya seperti keluarga," tulis Anderson menerusi Instagramnya.

❤️ happy life

A post shared by The Pamela Anderson Foundation (@pamelaanderson) on


Anderson sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi rock Tommy Lee dan Kid Rock. Selain itu, pernah dua kali berkahwin dengan pemain poker ternama, Rick Solomon.

Sama seperti Anderson, ini juga perkahwinan kelima Peters selepas bercerai dengan isteri keempatnya pada 2004.

Menerusi empat perkahwinan, Peters dikurniakan tiga cahaya mata.

Peters merupakan seorang pendandan rambut yang akhirnya telah berjaya menjadi orang penting industri perfileman Hollywood.

Sumber: South China Morning Post