Astro bakal memperkenalkan sebuah saluran baharu, NAURA (saluran 125) yang merupakan sebuah saluran gaya hidup Muslim kontemporari dengan tawaran kandungan program Islamik dari dalam dan luar negara pada 1 Oktober ini.

Menariknya tawaran seleksi program di NAURA yang disajikan berpaksikan pada tiga elemen utama iaitu inspirasi, informatif dan hiburan.

NAURA juga turut menampilkan personaliti seperti Mizz Nina, Alif Satar, Hana Ismail, Ayesha Syahira, Aida Azlin, Noor Tagouri dan pendakwah bebas seperti Yasmin Mogahed, Nouman Ali Khan, Mufti Menk, Liyana Musfirah, Tamliikhaa Khamsani dan ramai lagi.

Tidak hanya NAURA, Astro Oasis (saluran 106) juga turut menawarkan program-program istimewa khas buat tatapan penonton.

Berikut merupakan empat program terbaru yang bakal ditayangkan di NAURA dan Oasis.

GIRLS DAY IN (NAURA)

Khamis, 26 September, 9.00 malam

Hos: Lisa Surihani dan Daphne Iking

Merupakan sebuah program bual bicara kasual menampilkan tiga wanita yang membicarakan tentang topik-topik yang dihadapi oleh kaum wanita dalam kehidupan seharian, menumpukan pada isu hak kewanitaan dalam Islam.

Tahun 2019 mengetengahkan tentang wanita yang menyokong sesama sendiri secara mental atau rohani dalam mengharungi liku-liku serta onar kehidupan.

Girls Day In – Sebuah program bual bicara mesra untuk kaum wanita Islam yang memberi inspirasi untuk belajar dan mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam.


QURAN TAG SEASON 2 (NAURA)

Isnin, 30 September, 9.00 malam

Hos: Ayesha Syahira

Rancangan ini melibatkan Ayesha, Ustaz/Ustazah dan seorang selebriti jemputan. Setiap minggu selebriti jemputan akan berkongsi cerita peribadi mereka yang akan dikupas bersama oleh Ayesha dan Ustaz/Ustazah.

Ayesha akan mengambil ruang seorang sahabat yang mendengar dan berkongsi dengan pengalaman nya sendiri manakala Ustaz/Ustazah akan memberikan kupasan yang lebih mendalam.

Ruang nasihat Ayesha adalah teknik Quran Tag yang merupakan caranya untuk mendekati dan memahami Al-Quran.

Di akhir rancangan penonton akan memperolehi inspirasi penyelesaian masalah dan cara yang terbaik adalah kembali kepada Al-Quran.


TANYA CIK MAN SEASON 2 (Astro Oasis)

Selasa, 1 October 2019, 7.30 malam

Hos: Cik Man (PU Azman)

Tanya Cik Man kembali dalam musim ke-2 dengan melibatkan PU Azman dan dua orang selebriti jemputan di mana setiap minggu selebriti jemputan akan membacakan soalan daripada pengikut PU Azman dan juga soalan daripada selebriti jemputan tersebut. PU Azman dengan latahnya tersendiri akan menjawab cara yang santai dan mudah difahami oleh penonton.


SUARA WANITA (Astro Oasis)

Khamis, 3 October 2019, 7.30 malam

Hos: Nurul Syuhada

Suara Wanita adalah satu program yang akan membincangkan hak-hak wanita dalam isu-isu semasa dari sudut perundangan Islam. Setiap minggu program ini akan membincangkan kandungan yang berlainan untuk setiap episod dengan topik yang dihuraikan dan dibincangkan dikalangan tetamu yang pakar dalam topik tersebut. Topik dan isu pilihan diambil dari kes-kes yang pernah dibicarakan di Mahkamah Syariah.