Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Pamer Kemesraan & Sambut Ulang Tahun, Gigi Hadid & Zayn Malik Sah Kembali Bersama

Azwa Rahman
13/01/2020 10:11 MYT
Model terkenal dunia Gigi Hadid dikhabarkan telah kembali bersama bekas teman lelakinya, penyanyi Zayn Malik.

Memetik laporan E News, pasangan ini dilihat keluar berdua-duaan di bandar New York. Saling berpegangan tangan, mereka seperti mahu memberitahu satu dunia yang mereka telah bersama kembali.

“Gigi dan Zayn sudah kembali bersama sejak Disember lagi. Zayn menghubungi Gigi dan nampaknya Gigi memberikan dia peluang kedua”, kata seorang sumber kepada E News.

Menurut sumber itu lagi, Gigi tidak pernah berhenti mencintai Zayn sejak mereka putus pada Januari 2019. Keputusan mereka untuk putus seketika adalah apa yang diperlukan.



Malah, semalam pasangan tersebut turut meraikan ulang tahun Zayn yang ke-27 bersama-sama di sebuah restoran Itali di New York.

Majlis itu turut sertai Bella Hadid, ibu Gigi Yolanda Hadid dan adik lelakinya Anwar Hadid bersama kekasih penyanyi Dua Lipa.

Terdahulu, pasangan ini mula bercinta sejak tahun 2015 dan memgumumkan mereka tidak lagi bersama pada tahun 2018.

Pada pertengahan tahun 2018 mereka kembali bersama dan memutuskan hubungan pada awal 2019.
#Bercinta #Selebriti #Model
;