Antarabangsa

Pameran Motor Geneva 2020 Dibatalkan Kerana COVID-19

Erywan
02/03/2020
07:14 MYT
Pameran Motor Geneva (GMS) 2020 yang dijangka membuka tirai pada 3 Mac ini secara rasminya dibatalkan oleh pihak penganjur susulan kebimbangan terhadap wabak koronavirus (COVID-19).
Tindakan itu dibuat susulan langkah pencegahan mengawal penularan wabak dari Wuhan, China oleh pihak kerajaan Switzerland selepas 15 kes jangkitan berlaku dengan 100 lagi dikuarantin. "Berdasarkan perkembangan terkini, keadaan di Switzerland diklasifikasikan sebagai istimewa. Aktiviti membabitkan lebih 1,000 orang dilarang sehingga 15 Mac ini," menurut kenyataan rasmi daripada jurucakap Kabinet negara itu.
Menurut portal otomotif.okezone.com yang memetik tiga sumber berbeza, pihak penganjur sudah memaklumkan perkara itu kepada pengeluar kenderaan dan pempamer GMS. Ini ialah kali kedua acara kereta global dibatalkan susulan wabak COVID-19, kali permata ialah Pameran Motor Beijing 2020 di China yang sepatutnya diadakan pada April ini.
Majlis Persekutuan Switzeland pada 28 Februari melarang himpunan secara besar-besaran dan langkah ini akan berterusan sehingga 15 Mac ini. Presiden Yayasan GMS, Maurice Turrettini juga mengumumkan pembatalan acara tahunan global itu menerusi satu kenyataan menerusi laman web https://www.gims.swiss.
"Edisi ke-90 GIMS, sepatutnya menerima kunjungan kumpulan media pada Isnin ini dan orang awam bermula 5 hingga 15 Mac 2020, tidak akan diadakan. Kenyataan itu juga menyatakan pihak penganjur akan membuat bayaran balik kepada pengunjung yang sudah membeli tiket GMS.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video