"Pan Asian Nampak Lebih Eksotik!" - Netizen Pilih Keluarga Azah Aziz Berbanding David Beckham

Amri Hassan
Disember 27, 2019 11:45 MYT
"Beckham vs Leroy, mana satu anda pilih?" itu entri terbaharu usikan personaliti televisyen Azah Aziz sambil berkongsi foto perbandingan keluarganya dan pemain bola sepak antarabangsa, David Beckham.
Entri yang mendapat pujian peminat itu antara lainnya memuji kebahagiaan keluarga Azah yang kini menetap di Montreal, Kanada.
Malah, ramai yang memuji kekacakan wajah anak-anak lelaki Azah, Aaron, 23, Brian, 16 dan Justin, 13 tahun.
"Anak-anak Azah nampak lebih menawan berbanding Beckham. Pan Asian nampak lebih eksotik dan saya sangat suka apabila anda sekeluarga berkomunikasi dalam bahasa Perancis," puji @lynn_adams8.
"Macam Italian anak-anak you sis. Handsome semua," tulis @ummeenayahya.
"Leroy lah. Ada darah Melayu baru nampak campuran," sahut @hamidahamdan.
Azah yang telah meninggalkan dunia lakonan sejak 19 tahun lalu mendirikan rumah tangga bersama usahawan Daud Leroy Abdullah.
#Viral #David Beckham #Viral #Azah Aziz