Hiburan

"Panas Jugak Pakai Macam Tu" - Mira Filzah Ubah Fesyen Untuk Drama Bersiri Sweet Dreams

gempak
Kamaruddin Razal
26/08/2019
01:50 MYT
Sponsor Banner
"Panas Jugak Pakai Macam Tu" - Mira Filzah Ubah Fesyen Untuk Drama Bersiri Sweet Dreams
Pelakon jelita, Mira Filzah mengakui watak Putri yang dijayakan olehnya dalam drama bersiri Sweet Dreams banyak memberi cabaran tersendiri.
Membawakan karakter gadis yang mempunyai masalah percakapan dan harus berkomunikasi menerusi bahasa isyarat, Mira juga mengubah cara pemakaian untuk menampilkan sesuatu yang berbeza.
"Menerusi dua drama bersiri sebelum ini, Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan, cara busana yang digayakan oleh dua watak ini lebih kurang sama. Saya takut orang akan bosan dengan apa yang dipaparkan.
"Jadi, saya berbincang dengan tenaga produksi, terutamanya penata gaya di set penggambaran untuk menampilkan sesuatu yang berbeza. Akhirnya, terciptalah gaya pemakaian untuk Putri dalam drama bersiri Sweet Dreams," kata Mira.
Tambah gadis manis ini lagi, dia mengakui agak kurang selesa kerana sering menggayakan 'sweater' sebagai gaya 'signature' watak Putri.
"Terhasil gaya 'signature' untuk karakter Putri dengan sering menyarungkan 'sweater' dan baju 'turtle neck' bersama gaya tudung unik. Panas juga sebenarnya bila sering memakai 'sweater' dan baju 'turtle neck', lagi-lagi ketika penggambaran dijalankan di kawasan luar... Berpeluh jadinya.
"Tetapi, demi untuk mencari kelainan, saya relakan sahaja. Terpaksa tahan sedikit. Akhirnya, saya berpuas hati kerana dapat menonjolkan perbezaan dan peminat juga mengakui kelainan watak Putri yang saya bawakan. Mereka menggemari cara Putri berpakaian," katanya lagi.
Drama bersiri arahan Michael Ang ini diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana.
Selain Mira, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Ben Amir, Sean Lee, Yuna Rahim, Datin Seri Nina Juren, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Gunakan hashtag #dramaSweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.
Dalam perkembangan lain, filem lakonan Mira, Sangkar bakal ditayangkan tidak lama lagi!
Selain Mira, filem Sangkar turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Remy Ishak, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) ini, ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos ini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024