Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Panas Jugak Pakai Macam Tu" - Mira Filzah Ubah Fesyen Untuk Drama Bersiri Sweet Dreams

Kamaruddin Razal 26/08/2019 | 01:50 MYT
Pelakon jelita, Mira Filzah mengakui watak Putri yang dijayakan olehnya dalam drama bersiri Sweet Dreams banyak memberi cabaran tersendiri.
Membawakan karakter gadis yang mempunyai masalah percakapan dan harus berkomunikasi menerusi bahasa isyarat, Mira juga mengubah cara pemakaian untuk menampilkan sesuatu yang berbeza.

Tick tock tick tock! Two more days for #DramaSweetDreams! ? And this ombre cotton square pun akan keluar very soon @galeriariani! ✨ . . R E A D Y?! ? #styledbybu #MiraFilzah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

"Menerusi dua drama bersiri sebelum ini, Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan, cara busana yang digayakan oleh dua watak ini lebih kurang sama. Saya takut orang akan bosan dengan apa yang dipaparkan.
"Jadi, saya berbincang dengan tenaga produksi, terutamanya penata gaya di set penggambaran untuk menampilkan sesuatu yang berbeza. Akhirnya, terciptalah gaya pemakaian untuk Putri dalam drama bersiri Sweet Dreams," kata Mira.

Assalamualaikum selamat petang. CikBam nak bagitau something. Tapi korang tunggu time Konsert Big Stage minggu ni okay. Okbai! Nak ingatkan lagi dan lagi, kita pakai satu hashtag je, yakni #dramaSweetDreams okay! Make sure ejaan korang betul okay! MEGADRAMA SWEET DREAMS Bermula 5 Ogos 2019. Setiap Isnin-Khamis | 10 malam Hanya di Astro Ria dan RiaHD Diinspirasikan daripada Novel Sweet Dreams karya @aciklana Dibintangi oleh @mfmirafilzah @benamirr @seanlje @ninajuren @yunarahim @naszsally @yusuf_bahrin @pu_azman @didiastillah @royazman30 @jalaludinhassan Juga Dibintangi dan diarahkan oleh @michaelang38 #dramaSweetDreams #BigStage2019

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on

Tambah gadis manis ini lagi, dia mengakui agak kurang selesa kerana sering menggayakan 'sweater' sebagai gaya 'signature' watak Putri.
"Terhasil gaya 'signature' untuk karakter Putri dengan sering menyarungkan 'sweater' dan baju 'turtle neck' bersama gaya tudung unik. Panas juga sebenarnya bila sering memakai 'sweater' dan baju 'turtle neck', lagi-lagi ketika penggambaran dijalankan di kawasan luar... Berpeluh jadinya.
"Tetapi, demi untuk mencari kelainan, saya relakan sahaja. Terpaksa tahan sedikit. Akhirnya, saya berpuas hati kerana dapat menonjolkan perbezaan dan peminat juga mengakui kelainan watak Putri yang saya bawakan. Mereka menggemari cara Putri berpakaian," katanya lagi.

Olooo omeynya adik kakak. ? Cempaka pakai tudung mcm Putri nak pikat hati siapa teww? ???? . . @yunarahim #DramaSweetDreams

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Drama bersiri arahan Michael Ang ini diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana.
Selain Mira, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Ben Amir, Sean Lee, Yuna Rahim, Datin Seri Nina Juren, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Gunakan hashtag #dramaSweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.

Ready for week 4 Drama Sweet Dreams? Nak ingatkan lagi dan lagi, kita pakai satu hashtag je, yakni #dramaSweetDreams okay! Make sure ejaan korang betul okay! MEGADRAMA SWEET DREAMS Bermula 5 Ogos 2019. Setiap Isnin-Khamis | 10 malam Hanya di Astro Ria dan RiaHD Diinspirasikan daripada Novel Sweet Dreams karya @aciklana Dibintangi oleh @mfmirafilzah @benamirr @seanlje @ninajuren @yunarahim @naszsally @yusuf_bahrin @pu_azman @didiastillah @royazman30 @jalaludinhassan Juga Dibintangi dan diarahkan oleh @michaelang38 #dramaSweetDreams

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Mira, Sangkar bakal ditayangkan tidak lama lagi!
Selain Mira, filem Sangkar turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Remy Ishak, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) ini, ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos ini!
#Mira Filzah #Sweet Dreams
;