Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Panas! Sophia Albarakbah, Meerqeen, Anna Jobling Antara Calon Top 10 Anugerah Telenovela ke-9

Maliah Surip
22/09/2023 05:14 MYT
Tanggal 6 Disember 2023 akan menjadi penentu karya atau naskhah malah aktres dan aktor mana yang menjadi pilihan popular dalam Anugerah Telenovela ke-9.

Menuju malam gemilang tersebut, penganjur tampil dengan acara “An Eleveness with Anugerah Telenovela” sekaligus mengumumkan Calon 10 Teratas yang dilancarkan di The Lobby Lounge, The Ritz-Carlton Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara kategori yang diumumkan tentulah Novel Popular dance Telenovela Popular yang mana kedua-duanya mempunyai perkaitan transisi daripada karya berbentuk tulisan menjadi adaptasi di layar kaca.

Jesnita, Risik Pada Hati dan Aku Pilih Bahagia menjadi antara calon 10 Teratas kategori Novel Popular sementara Epilog 3 Naga, Setelah Terlafaznya Akad 2 dan Kerana Cinta Itu Ada mewakili Calon 10 Teratas Telenovela Popular.

Nama-nama pelakon seperti Anna Jobling, Intan Najuwa, Elvina Mohamad dan Raysha Senrose pula menghiasai Calon Top 10 Pelakon Wanita Popular menerusi lakonan hebat masing-masing.

Alif Aziz, Alif Satar, Ali Reza dan Merqeen pula bertarung dengan enam pencalonan lain bagi kategori Pelakon Lelaki Popular dan bagi kategori Pasangam Serasi Popular menyaksikan Alvin Chong dan Emma Maembong, Yusof Bahrin dan Intan Najuwa serta Aedy Ashraf dan Nabila Razali bersaing sihat untuk dinobatkan juara.

Anugerah Telenovela ini dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) diadakan sebagai pengiktirafan pengiat industri kreatif yang telah berjaya mengadaptasi karya daripada buku dalam format cetakan atau elektronik ke dalam medium skrin dan audio visual.

Untuk mereka layak menerima anugerah tahun ini, semua karya tersebut harus diterbitkan di antara Januari dan Disember 2022, dan ditayangkan di televisyen sama ada melalui stesen satelit atau televisyen percuma.

Antara anugerah yang akan diberikan adalah adaptasi terbaik, skrip, persembahan lelaki/wanita, penulis skrip, pengarah, pencahayaan, dan banyak lagi. Selain itu, sebagai menghargai pengiktirafan UNESCO terhadap Kuala Lumpur sebagai “World Book Capital 2020”, YPBN dengan sukacitanya mengumumkan bahawa satu Kategori Khas KLWBC 2020 akan diperkenalkan.

Kategori Khas ini akan memberikan pendedahan bakat-bakat Malaysia di peringkat antarabangsa, dan bertujuan untuk menginspirasi bakat-bakat tempatan untuk bersaing di pentas dunia.

Lebih daripada sekadar acara berpakaian formal, visi setiap majlis anugerah adalah untuk membolehkan pembikin filem kreatif Malaysia terlibat dalam industri ini, dengan harapan menjadi pemimpin dalam pengetahuan antarabangsa, sosioekonomi, dan sosialpolitik.

Matlamat Anugerah Telenovela juga tidak terbatas kepada kemasyhuran dan glamor semata-mata. Mereka mempunyai misi yang lebih mendalam dan jangka panjang, iaitu untuk membangunkan industri kreatif dan sastera Malaysia agar menjadi industri yang berdisiplin, bertanggungjawab, dinamik, proaktif, cergas, berkemahiran, bebas, berbudaya, patriotik, inisiatif dan berdasarkan kearifan tempatan dan global.

Selain daripada anugerah tempatan, Anugerah Telenovela bertujuan untuk mengembangkan sayapnya untuk bersaing dalam kategori Telenovela Antarabangsa Terbaik, badan antarabangsa yang mengiktiraf kecemerlangan dan kraftangan dalam telenovela yang dihasilkan dan disiarkan oleh pengeluar drama dan filem di seluruh dunia.

Dapatkan tiket di sini.
#Anugerah Telenovela #Anna Jobling #Meerqeen #Sophia Albarakbah #Top 10
;